Anda Penghidap Migrain???

 


Arrrgghhh!!! Sakit kepala!!! Migrain!!!!
Tolong tutup lampu boleh tak??? Boleh tolong senyap tak???

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera.
Anda selalu menjerit-jerit & menderita sakit migrain? Saya faham apa yang anda lalui kerana saya juga kadang kala mengalaminya.
Sejauh mana yang anda faham tentang migrain anda? Apa yang anda buat bila setiap kali dia bertamu di kapala anda? Anda ada langkah pencegahan?

Migrain

Migrain berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migrain diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).

Punca

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan anda diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Terapi Bekam & Migrain

Di bahagian atas kepala (ummu mughits), caranya dengan mencukur rambut pada bahagian
yang akan dibekam. Bekam di kepala sangat efektif untuk terapi penakit migrain, vertigo, sakit kepala/maigrain, darah tinggi, stroke, suka mengantuk, sakit gigi, sakit mata, melancarkan peredaran darah, perbaikan sistem pertahan tubuh, dan lain-lain.


Pengalaman

Dari pengalaman pembekam bekam4u, 80% pesakit (termasuk isterinya) yang mengidap migrain, hanya menjalani sekali terapi sahaja, dan migrain berlalu pergi seperti habuk ditiup angin!Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat perubatan cara Rasulullah S.A.W.
Ada yang 20% dengan 2 ke 3 kali terapi. Alhamdulillah atas ujian yang Allah turunkan untuk menguji hambaNya.
Titik bekam ini memerlukan pesakit untuk membotakkan kepala setompok atau keseluruhan kepala. Bagi lelaki, jangan risau akan ke"hensem"an anda, kerana anda akan menjadi lebih hensem dengan migrain yang berlalu pergi, insyaAllah.
Bagi pesakit wanita, yang bertudung insyaAllah tiada masalah.Tetapi bagi yang tidak bertudung, ada titik lain yang juga boleh menyembuhkan migrain, tetapi tidak se"efektif" di puncak kepala.
Walaubagaimanapun, kita hanya berusaha, Allah yang memberi keizinan untuk menyembuhkan.
Tetapi harus diingat!!!Ubat paracetamol @ pain killer bukan ubatnya!! Mengapa? anda perlu rujuk entri saya yang lalu. Klik disini atau disini.

 Terikasih kepada http://bekam4u.blogspot.com/

Cara -Cara Terbaik Melegakan Kesan Migrain

 

Anda penghidap migraine? Oh, tidak! Mungkin ini yang dikatakan oleh ramai orang yang menghidap migraine. Betul?
Migraine sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Pengidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migraine akan berlaku kepada mereka.
Ikuti 5 langkah mudah bagi menangani serangan migraine yang anda hadapi
1. Pergi ke tempat yang gelap dan selesa.

Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri anda daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya.
Serangan migraine biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh.  Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

2. Letakkan tuala basah atau sejuk.

Petua ini memang ramai yang sudah lakukan. Dan ternyata ianya amat berkesan dalam menangani masalah migraine.
Cuba letakkan tuala yang direndam di dalam air sejuk di atas dahi, bahagian mata atau di bahagian atas tengkuk.
3. Rehatkan mental.



Migraine sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daripada anda dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.
Fokus kepada hidup anda yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani.
4. Dapatkan tidur yang sempurna.



Apabila anda cukup tidur, minda anda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan daripada luar yang boleh meningkatkan migraine anda.

5.Berbekam

Berbekamlah kerana bekam merupakan rawatan dan kaedah terbaik menangani masalah migrain.Otak anda kekurangan oksigen ,dengan berbekam darah kotor akan disingkirkan dan seterusnya membolehkan oksigen sampai ke otak dengan cukup.

Produk, Servis Dan Pasaran Melayu Dan Cina Malaysia


Gero Azrul

Penulis: Gero Azrul
Laman Web: Gero Azrul
Pasaran MelayuMenurut kajian yang dijalankan oleh SKMM pada tahun 2011 dan masih relevan sehingga kini ialah apakah pasaran yang anda perlu ketahui untuk tembusi pasaran.
Mengikut data analisa, pasaran Melayu adalah terbesar sekali dan diikuti oleh pasaran Cina.
Signifikan:
1) Produk dalam bahasa melayu, web jualan, dan email followup masih relevan besar terhadap pasaran.
Lelaki Dan Perempuan Penggunaan Internet

Melihat pada kadar penembusan mengikut jantina adalah sama padan, dimana produk yang disasarkan sesuai untuk lelaki dan perempuan. Antara produk yang amat menggalakan dijual melalui Internet ialah Tudung, barangan kosmetik, produk berkaitan dengan penjagaan kesihatan. *Sumber PUIM Research Deparment.
Umur

Umur pengguna paling tinggi ialah pada umur 20-34 tahun, jadi bagaimana anda boleh gunakan ini untuk pasaran produk atau servis anda ialah pada golongan ini.
Penjelasan Info.
Dalam membuat produk informasi atau web jualan adalah amat relevan menggunakan bahasa melayu untuk pemasaran. Jadi pilihan dwi bahasa adalah turut relevan cuma tidak perlu difokuskan pada bahasa Inggeris.
Produk-produk fizikal yang berkait dengan pasaran orang melayu seperti pakaian baju kebaya, kurung, kuih muih, barangan penjagaan kesihatan yang halal adalah amat relevan.
Produk dan servis pula harus ditumpukan pada pengguna yang berumur antara 20-34 tahun, dan mereka ini dalam golongan generasi x dan y. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tajuk pemasaran yang catchy boleh membantu jualan.

    Membina Jenama Peribadi di Internet


    Rahman Baco

    Penulis: Rahman Baco
    Laman Web: Rahman Baco
    Anda ada Jenama Peribadi?
    Walaupun anda katakan anda belum ada Jenama Peribadi, tetapi hakikatnya anda sudah mempunyai sebuah Jenama tanpa anda sedari.
    Apakah itu Jenama Peribadi?
    Menurut pengasas Amazon.com, Jeff Bezos “Jenama anda adalah apa yang orang lain perkatakan tentang anda bila anda tiada di situ”.
    Contohnya, bila anda sebut nama Azizan Osman. Orang akan teringat tentang Pakar Motivasi Perniagaan walaupun sebenarnya beliau merupakan Pakar Pemasaran Antarabangsa. Beliau telah membina Jenama Azizan Osman sebagai sebuah jenama motivasi perniagaan.














    Apa yang anda fikirkan bila orang perkatakan tentang Jozan ? Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012. Jozan merupakan Jenama gabungan nama Yazid Lim Mohammad Aziz dan Mohd Razizan Abd Razak. Yazid Lim Mohammad Aziz juga mempunyai Jenama tersendiri iaitu “Johan”, dan jenama Mohd Razizan Abd Razak iaitu “Zizan”.
    Johan dan Zizan adalah jenama besar dalam industri hiburan Malaysia dan mereka mempunyai pengikut jenama mereka tersendiri.
    Contoh jenama-jenama lain:
    Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah – Jenama Motivasi Diri
    S.H Alattas (Pak Habib) – Jenama Penulis Politik Malaysia
    dan ramai lagi jenama antarabangsa seperti Barack Obama, David Beckham, dan sebagainya.
    Jika saya lihat jenama yang paling dekat dengan saya seperti:
    Gero Azrul – Jenama Presiden PUIM dan Pengucapan Awam
    Zainal Rashid Isa – Jenama Kaunselor & Motivasi Online
    Muaz Hadi – Jenama Bimbingan Kerjaya
    Rizal Razak – Jenama Pembangunan Laman Web

    Kenapa Jenama Peribadi Penting?
    Realitinya, Jenama Peribadi adalah tentang apakah nilai diri anda? Apakah kemahiran yang anda ada? Dan apakah nilai yang anda boleh berikan kepada orang lain.
    Dalam erti kata lain, Jenama Peribadi adalah sebuah ikatan emosi antara anda dengan orang lain.
    Kesannya,  apabila anda mempunyai Jenama Peribadi yang kuat akan menyebabkan orang lain seperti bos anda, pelanggan ataupun bakal pelanggan anda – akan merasai tindak balas emosi yang positif apabila mereka mendengar ataupun terbaca nama anda.
    Dalam dunia perniagaan dan pemasaran Internet – Jenama Peribadi banyak membantu anda untuk menarik pelanggan, membezakan anda dari usahawan-usahawan internet yang lain, seterusnya membuatkan orang ramai memilih untuk mendapatkan produk dan servis dari anda, bukan dari orang lain.
    Bagaimana mengenalpasti Jenama Peribadi anda? Tanyalah soalan-soalan ini kepada diri anda..Personal-Branding-Brand
    1. ‘What am I known for?’ (senaraikan 3).
    2. ‘What do I want to be known for 5 years from now?’ (Senaraikan 3)
    3. ‘Do I look, act and dress in a way that reflects my personal brand?’
    4. ‘Do my actions reflects the brand I want to present’

    Cuba fikirkan tentang personaliti anda, kemahiran anda, ilmu anda dan bagaimana untuk meletakkan diri anda sebagai seorang profesional.
    Cara yang paling mudah untuk mengenalpasti apakah Jenama Peribadi anda sekarang ialah dengan bertanya dengan Mr Google “Siapakah diri anda?”. Taipkan ‘nama’ anda dan klik ‘search’
    “Jika Anda Belum Punya Jenama, Binalah Jenama Peribadi Anda Bermula Hari ini”

    Khidmat Bekam bagi lelaki ( bekam sunnah)

    Sesiapa yang memerlukan perrkhidmatan  berbekam sunnah.Boleh lah hubungi saya umarhamzah 0176680485 atau emailkan ke hamzah.umar93@gmail.

    Saya hanya menyediakan khidmat bekam untuk lelaki sahaja.Saya tinggal berdekatan dengan pasir gudang..Bagi yang tinggal berdekatan pasir gudang atau pun johor baharu.

    Harga:RM 5 -1cup - bekam darah


    Kebaikan berbekam

    * Membantu menghilangkan pening dan migrain.

    * Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

    * Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

    * Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

    * Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

    * Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

    * Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

    * Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

    * Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.




    Madu Hutan Asli



    Dapatkan madu hutan asli dengan 
    harga =RM 40.00 + urusan pos Rm16

    kandungan =1.2 kg.


    Kandungan dalam Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:
    • Kalsium (Ca)
    • Phosphor (P)
    • Natrium (Na)
    • Thiamin
    • Niacin
    • Riboflavin
    • Potassium
    • Iron
    • Zink
    Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
    Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
     Khasiat madu lebah
    Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
    - Asma - Haid - Resdung
    - Alahan - Jerawat - Rambut gugur
    - Barah - Letih - Sakit kepala
    - Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
    - Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
    - Batuk - Mata - Sukar tidur
    - Darah Tinggi - Pening
    - Gastrik - Penyeri muka
    Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
    • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
    • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
    • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
    • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
    • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
    • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
    • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
    • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
    • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus







    Sabun Minyak Kelapa Dara




    HARGA :
     RM 13.00 + urusan pos  RM 6
    Kandungan 1kotak -3 ketul sabun

    Kandungan :
    Minyak Kelapa Dara, sodium palmitate & fragrance


    TAHUKAH ANDA?
    Sabun yang banyak di pasaran yang disebut sebagai sabun, sebenarnya adalah detergent, iaitu bahan asli yang di pakai adalah Sodium Lauryl Sulfate ( SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES) merupakan bahan asas pembuatan detergent , SLS berfungsi sebagai surfactant ( surface active agent) atau agen pembersih. Kerana bersifat pembersih, maka lemak - lemak yang berfungsi untuk melindungi kulit juga ikut larut, sehingga kulit menjadi kering dan akan mengakibatkan iritasi. Sabun mandi komersial pada umumnya mengandungi banyak bahan-bahan kimia seperti kandungan petroleum, synthetic chemical, dan petrochemical (chemicals harmful) yang dapat merosakkan kulit.

    FAKTA TENTANG SABUN KELAPA DARA
    Kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Sabun Kelapa Dara adalah ramuan asli khazanah alam yang diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi membantu memelihara kesegaran badan serta menjadikan kulit lebih licin, halus serta bersih secara semulajadi.

    Setiap kandungan bahan-bahan mempunyai fungsi seperti:
    Asam Stearat / Stearic Acid Dipakai untuk membuat sabun natural (optional) dan sabun transparan, fungsinya adalah untuk mengeraskan sabun dan menstabilkan busa. NaOH (Natrium Hydroxide) Disebut juga kaustik soda atau soda api, merupakan bahan kimia yang harus ada dalam pembuatan sabun. Merupakan senyawa alkali yang bersifat basa dan mampu menetralisir asam. Glycerin Adalah produk samping dari reaksi hidrolisis antara minyak nabati dengan air untuk menghasilkan asam lemak. Glycerin merupakan humektan sehingga dapat berfungsi sebagai pelembap pada kulit. Glycerin berbentuk cairan jernih, tidak berbau dan memiliki rasa manis.

    KELEBIHAN SABUN KELAPA DARA
    Sabun Kelapa Dara adalah sabun mandi alami/ herbal yang diperbuat dari bahan-bahan alami dan dilengkapi dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin A, E yang berfungsi melambatkan proses penuaan kulit, melindungi kerosakan kulit dan menjaga kulit agar awet muda sehingga lembut dan halus. Selain khasiat minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin anti oksidan, bahan-bahan lain yang terkandung dalam Sabun Kelapa Dara juga berfungsi menghilangkan kedut di wajah dan juga penyakit kulit yang berfungsi sebagai antibodi.