Apa itu bekam?


BEKAM sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi’liyah berkenaan amalan berbekam ini dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.
Bekam merupakan terjemahan dari perkataan Hijamah yang berasal dari perkataan al-Hajmu, yang bermaksud pekerjaan membekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut. Maka istilah Hijamah atau berekam dapat diertikan sebagai satu tindakan penghisapan (penyedutan) darah dengan alat yang menyerupai tabung serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan proses penyedutan yang kemudiannya ditampung dalam gelas.
.

SEJARAH BEKAM
_________________________________________________________________________________

Bekam sudah bermula sejak zaman Nabi Musa a.s. lagi, namun sejarah bertulis mengenai bekam yang paling awal dicatatkan adalah di dalam buku Ebers Papirus, salah sebuah buku sejarah tertua di dunia. Ia menyatakan bahawa amalan bekam telah bermula sejak 1500 Tahun Sebelum Masihi lagi, dalam kalangan rakyat Mesir ketika itu.

Bekam di Eropah dan Timur Tengah berkembang dari pengamalan Perubatan Humoral, iaitu sistem perubatan Yunani Kuno yang berkonsep mengembalikan keseimbangan badan melalui empat cecair utama dalam tubuh iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Sistem ini sangat berkembang dalam kebudayaan Eropah dan Timur Tengah ketika itu.

Menurut perubatan tradisional Cina, bekam ialah kaedah pelaksanaan acupressure dengan mencipta keadaan vakum pada kulit pesakit. Terapi ini digunakan untuk menghilangkan stagnasi pada darah dan sistem limfa sehingga meningkatkan aliran qi untuk mengubati penyakit-penyakit pernafasan seperti radang paru-paru, pneumonia dan bronkitis. Bekam juga dilakukan pada punggung, leher, bahu dan keadaan-keadaan musculoskeletal yang lain.
.

KAEDAH/ METHOD
_________________________________________________________________________________________________________________

Prosedur bekam lazimnya melibatkan usaha mencipta satu kawasan kecil udara bertekanan rendah pada kulit. Namun harini, sudah terdapat banyak cara dan alatan untuk mencapai tujuan tersebut.

Cawan/ bekas yang hendak digunakan boleh terdiri dalam sebarang bentuk, termasuk bentuk loceng, dan dalam sebarang saiz antara 1 inci sehingga 3 inci. Plastik dan kaca adalah bahan yang paling lazim digunakan hari ini, menggantikan tanduk, tembikar, gangsa dan buluh yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.

Tekanan udara rendah yang diperlukan dapat dibentuk dengan memanaskan cawan atau udara di dalamnya dengan api terbuka, kemudian menempatkan cawan tersebut pada kulit. Walaubagaimanapun, hari ini telah terdapat pam sedutan mekanikal, yang bertindak melalui injap yang terletak di bahagian atas cawan.

No comments:

Post a Comment