Resdung?


.Fakta – Simptom sinusitis

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian Frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
Sinusitis atau resdung ialah keradangan pada sinus dalam kawasan nasal, yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, alergi ataupun masalah autoimmune. Namun kebanyakan kes adalah berpunca dari jangkitan virus dan kebiasaannya akan sembuh dalam tempoh 10 hari. Sinusitis boleh bersifat acute (berlaku kurang dari 4 minggu), subacute (berlaku 4 hingga 8 minggu), ataupun kronik (berlaku 8 minggu atau lebih). Ketiga-tiga jenis sinusitis ini mempunyai simptom yang sama, dan disebabkan ia sering berlaku maka ia sukar dibezakan. Sinusitis yang acute adalah yang paling lazim berlaku. Secara kasarnya, setiap orang sememangnya pernah mengalami masalah sinusitis beberapa kali dan beberapa tempoh sepanjang hidup mereka. (Pearlman, AN.; Conley, DB. (June 2008). “Review of current guidelines related to the diagnosis and treatment of rhinosinusitis).
.

KAWASAN JANGKITAN

Terdapat beberapa pasang paranasal sinuses (rongga-rongga yang bersi udara pada zon nasal), termasuk Frontal Sinus, Ethmoid Sinus, Maxillary Sinus dan Sphenoid Sinus. Ethmoid Sinus pula terbahagi kepada anterior dan posterior. Sebagai tambahan kepada tahap-tahap serangan yang dibincangkan di bawah, resdung boleh diklasifikasikan berdasarkan kawasan rongga sinus yang dijangkiti :
  • Maxillary sinusitis – Menyebabkan sakit atau tekanan di sekitar kawasan maxillary (pipi) area (e.g., toothache, headache)
  • Frontal sinusitis – Menyebabkan sakit atau tekanan di kawasan rongga Frontal Sinus (terletak di belakang atas mata), dan sakit kepala.
  • Ethmoid sinusitis – Menyebabkan sakit atau tekanan di belakang/ antara mata dan sakit kepala.
  • Sphenoid sinusitis – Menyebabkan sakit atau tekanan di kawasan belakang mata, tetapi selalunya merujuk kepada bahagian atas kepala. 
Teori-teori sinusitis terkini menunjukkan bahawa resdung ini sering berlaku sebagai sebahagian dari spektrum penyakit yang mempengaruhi saluran pernafasan., dan ia juga sering dikaitkan dengan asma.

No comments:

Post a Comment