Pantang Larang Penyakit Resdung




Pantang Larang Penyakit Resdung
Sekarang ini, ramai yang menghidap penyakit resdung yang berlaku tidak kira umur atau jantina. Semuanya tidak lari dari penyakit resudng atau dipanggil sinusitis. Jom kita kenal tentang penyakit resdung ini.
Apa itu resdung @ sinusitis?
Resdung sebenarnya adalah sebuah ‘pintu’ kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada. Makna: pada mulanya Resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi berat. Kulit pula akan ketara nampak bermasalah (seperti jerawat nanah, merah dan bisul.) Dan bila kuman resdung ni dah banyak, maka ia akan membuat sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit. Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya (tu pasal bila picit muka, keluar benda putih kecik). Ini adalah tapak resdung. Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat. Seterusnya, pertahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat ceroboh masuk. Dan bila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain, maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih berat. Merujuk pada gambarajah di bawah, ini adalah hasil kerosakan yang boleh berlaku akibat dari pengabaian yang ‘total’ (tidak mengambil berat soal penjagaan kesihatan ataupun mengamalkan cara yang SALAH.) Jadi, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup sihat.
Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Saya dapat info ini dari salah satu website perawat tradisional. Apa yang disenaraikan, memang ye; betul. Seelok-eloknya penghidap resdung memberi perhatian mengikut telunjuk diberi. Selebihnya (info ekstra);
90% alahan resdung adalah datang dari:
  • ~ selimut, bantal, tilam,
  • ~ binatang peliharaan,
  • ~ makanan laut spt. udang, kerang, sotong, ketam
  • ~ makanan berminyak, pedas & berlemak
  • ~ buah durian, rambutan, nenas, terutama tomato

7 comments:

  1. kalau black pepper sos boleh ke ?

    ReplyDelete
  2. Macam mana dengan rokok? Adakah rokok pun boleh memburukkan lagi resdung?

    ReplyDelete
  3. Asap rokok akan memberi scra lansung (counterattack) kepada pesakit resdung. Jadi, pesakit kena elakkan daripada terhidu asap dan perokok juga hendaklah memahami si pesakit. Terima Kasih.

    ReplyDelete