Ayuh berDhuha





PENGENALAN


Di ketika waktu fajar itu melabuhkan tirainya, maka masa inilah hadir kurniaan rezeki oleh  Allah s.w.t sedang melimpah ruah buat setiap hambanya yang terpilih. Justeru itulah, sebagai hamba , kita perlu menyatakan setinggi-tinggi rasa kesyukuran atas tiap kurniaan Ilahi. Di sini bertambahlah rahmat dan kemurahan rezeki keatas hamba-hamba yang dikasihiNya.


Fajar merupakan cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur di waktu pagi.ia terbahagi kepada 2 keadaan : 
   1) Fajar yang mana nampak padanya sinar yang halus agak nipis menjulang tinggi keatas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak diharamkan makan dan minum bagi yang berpuasa.
  2) Fajar yang melintang cahayanya diarah yang sama.


Maka selepas fajar menyising maka datanglah waktu yang dinamakan ‘Dhuha’. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu zohor. Dalam pengertian ilmu Fiqih, waktu Dhuha itu bermula sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah.


Nabi Muhammad s.a.w  sangat mengalakkan umatnya untuk mendirikan solat sunat Dhuha sebanyak 2 @ 4 rakaat , 8 @ 12 rakaat, meskipun hukumnya adalah sunat, namun ia adalah sangat dituntut untuk dikerjakan. 



FADILAT DAN KHASIATNYA


Sebagaimana yang diketahui tiap sunnah Rasulullah s.a.w yang kita cintai itu , pasti terkandung dalamnya pelbagai hikmat keatasnya.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam hadithnya , yang mana rasulullah bersabda , maksudnya ,

“ siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqomah , akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosanya seluas lautan “



Bukan itu sahaja, baginda bersabda lagi,

“ Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran ( kemiskinan ) , dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”.


Dari Nuwas bin Sama’an, rasulullah s.a.w bersabda:

“ Allah berfirman : wahai anak adam, jangan sesekali kau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang, (solat Dhuha ) , nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petangnya”

[ Al-Hakim dan Thabrani ]


Sementara itu, didalam hadith lain pula, , Rasulullah s.a.w bersabda ,
“ hendaklah masing-masing, tiap-tiap pagi bersedekah untuk persedian badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid dan setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat “

[ Ahmad Muslim dan Abu Daud ]


Didalam hadith yang lain pula, diterangkan seperti berikut ,

“ bahawasanya disyurga ada pintu yang dinamakan “ Dhuha “ . Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, berserulah penyeru (malaikat )  : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah “

 [ Al-tabrani ]



DOA DHUHA



Ya Allah ,

sesungguhnya waktu Dhuha itu, waktu DhuhaMu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu.


Ya Allah ,

Sekiranya rezeki ku ada dilangit maka turunkannya, jika ada dibumi keluarkannya , jika jauh  dekatkanlah dan jika hampir permudahkannya dengan kebenaran DhuhaMu , cahayaMu , kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yng soleh.


Ya Allah ,

Cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarganya dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah , Tuhan seru sekelian alam.


No comments:

Post a Comment