Showing posts with label AIR. Show all posts
Showing posts with label AIR. Show all posts

Dahaga Petanda Kekurangan Air




"Mengantuknya! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Dahaga

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira 2 cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Penapis Seramik Mengandungi TULANG BABI !!! - Bagaimana untuk Memeriksanya?

Penapis Seramik Mengandungi TULANG BABI !!! - Bagaimana untuk Memeriksanya?

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang babi. Ramai jurujual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini.


Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat katrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan & Jepun. Malah produk bahan penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

Jadi, dengan ini perlulah kita berhati-hati dan pandai memilih produk yang bersih dan

AIR TELAGA ZAM ZAM

Air Telaga Zam-Zam
Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Isi kandungan
* 1 Sejarah
* 2 Maklumat fizikal
* 3 Air zamzam kini
* 4 Air zamzam dijual
* 5 Pengurusan air zamzam

Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” – yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.
 sunting] Maklumat fizikal
Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air zamzam kini
Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Air zamzam dijual
Air zamzam dijual dalam botol
Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah.

Pengurusan air zamzam

Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.

Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.
Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.

Ada yang merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur dengan air lain.

AIR MINERAL ATAU AIR MINUMAN??



Difference between mineral water bottle or drinking water bottle? Kalau korang tengok gambar atas pun dah tahu mengenai ape kan? ianya mengenai cara untuk membezakan antara air minuman dan air mineral. Oleh kerana sekarang banyak sangat syarikat wat kluar air minum nih..dah macam2 jenama kalau kat Malaysia ni.

Mudah sahaja untuk bezakan antara air mineral semulajadi atau air minuman biasa. Ini perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman Malaysia. Air mineral semulajadi ialah air minuman yang berpunca dari air bawah tanah yang telah ditapis. Ianya boleh dikenali dengan warna tudung botol yang berwarna kecuali putih. Bagi air minuman biasa yang berpunca dari air paip yang ditapis dengan bermacam cara, ia boleh dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.

So, yang sebelah kiri gambar adalah air minuman dan sebelah kanan ialah air mineral semulajadi..So makesure choose the right one when you want to buy either mineral water or just drinking water.

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR – KRITERIA YANG PATUT DIPERTIMBANGKAN

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR – KRITERIA YANG PATUT DIPERTIMBANGKAN

Terdapat banyak produk penapis air di pasaran. Sebagai pengguna, kita perlu bijak dalam membuat sebarang pilihan agar produk penapis air yang dipilih mampu memenuhi keperluan di samping memberikan nilai pulangan yang terbaik dan memuaskan . Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum pengguna memilih produk penapis air yang ingin digunakan di kediaman masing-masing? Berikut adalah beberapa kriteria yang boleh dan perlu dipertimbangkan:-

1. HalalProduk penapis air yang halal perlu diutamakan kerana produk ini digunakan untuk menapis air yang kita minum, masak dan adakalanya digunakan untuk mencuci sayur-sayuran @ buah-buahan.

2. KualitiKualiti air yang dihasilkan daripada penapis air merupakan faktor kedua terpenting dalam memilih sesuatu produk penapis air. Ini kerana sesetengah produk hanya menapis bendasing atau kotoran yang kelihatan. Sesetengah produk pula hanya menghasilkan air yang bersih tetapi tidak mengandungi sebarang zat dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Untuk mendapatkan faedah kesihatan yang maksimum, pilihlah produk penapis air yang bukan sahaja menghasilkan air yang bersih tetapi mengandungi pelbagai zat dan mineral yang bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan tetapi mampu membantu dalam merawat/menyembuhkan pelbagai penyakit yang berkaitan.

3. Harga
Harga juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan produk penapis air. Bergantung kepada kualiti air yang dihasilkan, produk penapis air boleh dibeli dengan harga semurah puluhan ringgit, beberapa ratus ringgit hingga mencecah harga lima ribu ringgit. Adakalanya sesuatu produk diwar-warkan dengan harga ribuan ringgit tetapi setelah diberi diskaun, harga yang ditawarkan hanya mencecah ratusan ringgit. Perkara ini banyak mendatangkan keraguan dan pertanyaan daripada pengguna. Sekiranya produk ini benar-benar berkualiti, mahal dan berharga ribuan ringgit mengapa apabila diberikan diskaun harganya hanya ratusan ringgit. Adakah harganya sememangnya murah dan ini merupakan promosi yang hanya ingin mengelirukan pengguna?

3. Kemudahan dan kaedah pembayaranSesengah produk penapis air perlu dibeli secara tunai. Sesetengah produk pula menawarkan bayaran ansuran bulanan tetapi apabila dikira jumlah bayaran yang perlu dibayar melebihi harga produk asal. Sesetengah produk pula boleh dibeli secara ansuran tanpa faedah tetapi memerlukan bayaran ansuran melalui kad kredit. Sekiranya berkemampuan, pengguna boleh membeli secara tunai atau jika tidak pilihlah produk yang menawarkan kaedah pembayaran ansuran yang lebih mudah tanpa sebarang faedah.

4. Harga Katrij dan Penyelenggaraan
Semua produk penapis air memerlukan penukaran katrij bergantung kepada katrij yang digunakan. Sesetengah katrij produk penapis air mencecah harga sehingga empat ratus ringgit. Harga yang tinggi ini akan membebankan pengguna di dalam jangka masa panjang kerana produk ini akan digunakan secara berterusan. Sesetengah produk pula memerlukan kos tambahan iaitu kos upah penyelenggaraan/penukaran yang perlu dibayar secara tahunan atau setiap kali penukaran katrij dijalankan. Untuk penjimatan, pilihlah produk yang harga katrijnya berpatutan dan tidak membebankan. Adalah lebih baik sekiranya penukaran katrij dilakukan oleh penjual tanpa sebarang caj tambahan. Selain memudahkan pengguna, pengguna tidak perlu bersusah payah atau merasa risau sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran teknikal dalam melakukan penukaran katrij.

5. Servis Selepas Jualan
Servis selepas jualan sememangnya penting kerana terdapat ramai pengguna produk penapis air yang memilih untuk membeli produk penapis air yang baru kerana tidak tahu di mana hendak membeli/ mengganti katrij yang telah lama apabila penjual sedia ada tidak dapat dihubungi atau tidak lagi menjalankan perniagaan yang sama. Pengguna juga biasanya terlupa tentang jadual penyelenggaraan/penukaran katrij sekiranya tidak diingatkan oleh penjual/stokis atau syarikat penapis air sendiri. Oleh yang demikian, pilihlah syarikat produk penapis air yang menawarkan khidmat servis selepas jualan yang memuaskan.Sebagai contoh, pembeli mempunyai beberapa alternatif untuk menyalurkan sebarang masalah yang dihadapi sama ada kepada penjual, syarikat penjual atau pun kepada agen-agen/rakan niaga yang lain. Lebih bagus lagi sekiranya syarikat penapis air menyimpan maklumat pembeli dan sentiasa memaklumkan kepada pengguna tentang informasi terkini dan keperluan menukar katrij apabila tempoh yang ditetapkan telah hampir tiba.

KEPERLUAN AIR

KEPERLUAN AIR



Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk mengubati penyakit. Air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan.

Firman Allah di dalam Al Quran:

"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman"
Surah al Anbia' : 30

Satu daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan meminum air yang banyak. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit. Dengan meminum banyak air bersih ia dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Bagaimanapun, sering timbul persoalan berapakah jumlah air yang diperlukan tubuh kita sehari? Betulkah setiap orang dewasa memerlukan air antara 8-12 gelas sehari.

Formula berikut boleh dijadikan panduan kepada keperluan air dalam badan kita:

Berat badan/ = Jumlah air yang kita perlu dalam sehari
30 hari

47 kg/ = 1.5 liter
30 hari

Hasil kajian daripada America Collage of Sport of Medecine menunjukkan bahawa kekurangan air didalam badan seseorang boleh menyebabkan kepada keadaan berikut:

>Kekurangan air sebanyak 1% tubuh menyebabkan anda berasa haus.
>Kekurangan air sebanyak 2% menyebabkan wajah anda menjadi pucat.
>Kekurangan air 3% akan membuat anda tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti harian.
>Kehilangan 4% air akan menyebabkan ketahanan otak menurun hingga 30% dari kemampuan optimal.
>Kekurangan 5% air akan menyebabkan fungsi mental anda akan terganggu pada saat tidur.
>Kehilangan 10% boleh membawa maut.

Oleh yang demikian, air yang bersih adalah amat penting kepada tubuh badan kita bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan.