Showing posts with label Jual Beli. Show all posts
Showing posts with label Jual Beli. Show all posts

Perkara yang diharamkan dalam perniagaan Perkara yang diharamkan dalam perniagaan



Perkara yang diharamkan dalam perniagaan
 
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
 
1. Riba.
 
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
 
Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289).
 
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
 
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
 
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.
 
Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya:  (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).
 
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa  Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).
 
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
 
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
 
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
 
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى  يُزِيل الْبَرَكَتها.

 Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
 
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
 
4. Rasuah.
 
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.
 
Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
 
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
 
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
 
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
 
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.  Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda; 

عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.

Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.
 
Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
 
Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223)
 
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
 
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
 
Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini,  Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
 
Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
 
Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.
 
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
 
Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »

Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
 
Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: 

‏ابْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُ ‏قَالَ رَسُول ُاللَّهِ‏ ‏صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ ‏ ‏لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ‏ ‏وَمُبْتَاعَهَا ‏ ‏وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”

عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي الْفِتْنَةِ

Maksudnya:
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya fitnah (perselisihan)”
 
Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.
 
8. Haram menjual najis.
 
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.

‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
 

Berniaga Cara Rasulullah





Seperti kita ketahui bahawa Nabi Muhammad SAW selain seorang nabi dan rasul, seorang pemimpin negara, seorang panglima perang, beliau juga seorang usahawan yang berjaya di zamannya… beliau telah berniaga dari kanak-kanak lagi iaitu berumur 12 tahun sewaktu mengikut pak cik Baginda untuk ke syam berniaga (Anak muda sekarang boleh mengikuti sunah rasul ini iaitu entrepreneur).

Di dalam berniaga Nabi Muhammad mempunyai 4 tips yang selain mendapatkan keuntungan besar juga mendapatkan keberkatan dari Allah.

1. Jujur adalah Brand

Semasa berniaga Nabi Muhammad SAW,anak muda yang dikenali dengan jolokan Al Amin (yang terpercaya). Sikap ini tercermin semasa dia berhubung dengan customer dan pembekalnya.

Nabi Muhammad SAW mengambil stok barang dari Khadijah, konglomerat kaya yang akhirnya menjadi iestri Baginda. Dia sangat jujur terhadap Khadijah. Dia pun jujur kepada pelanggan. Semasa memasarkan barangnya dia menjelaskan semua keunggulan dan kelemahan barang yang dijualnya. Kejujuran boleh dianggap, KEJUJURAN adalah brand Rasulullah SAW.

2. Mencintai Customer

Dalam berniaga Rasulullah sangat mencintai customer seperti dia mencintai dirinya sendiri. Itu sebabnya dia melayani pelanggan dengan sepenuh hati. Bahkan, dia tidak rela pelanggan tertipu semasa membeli.

Sikap ini mengingatkan pada hadis yang beliau sampaikan,

“Belum beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.”

3. Memenuhi Janji


Nabi sejak dulu selalu berusaha memenuhi janji-janjinya.

Firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman penuhi janjimu.” (Surah Al Maidah 3).

Dalam dunia pemasaran, ini bererti Rasulullah selalu memberikan value produknya seperti yang diiklankan atau dijanjikan.

Pernah suatu ketika Rasulullah marah ketika ada peniaga yang mengurangkan timbangan. Nabi ibarat menjamin customer satisfaction (kepuasan pelanggan).

4. Segmen jualan ala Nabi


Semasa menjual barang dia selalu menunjukkan bahawa barang ini bagus kerana ini.., dan barang ini kurang bagus, tapi harganya murah.

Nabi pernah marah ketika melihat peniaga menyembunyikan jagung basah di celah-celah jagung kering.

Pelajaran dari kisah itu adalah bahawa Nabi selalu mengajar kepada kita agar memberikan good value untuk barang yang dijual. Sekaligus Rasulullah mengajar membuat segman: barang bagus dijual dengan harga bagus dan barang dengan kualiti lebih rendah dijual dengan harga yang lebih rendah.

Contohnya anda adalah dilarang meletakkan barangan tak ori dengan harga barang ori

PANDUAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN



 
 
Hadis Rasulullah s.a.w:
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Salah satu kunci kejayaan dan keberkatan di dalam rezeki adalah bangun awal pagi.
Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat pada malam hari.Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerjanya di awal pagi.

Panduan Memulakan perniagaan:

  • Minat bersama niat yang murni
  • Kesedaran yang mendalam
  • Pilihan perniagaan
  • Yakin dengan rezeki Allah
  • Tujuan dan niat asal
  • Berani dalam menempuh pelbagai cubaan
  • Merancang pelan perniagaan dan altenatif
  • Produk yang ingin ditawarkan
  • Pelaburan untuk Islam
  • Rujukan kepada yang lebih arif
  • Agresif terhadap peluang yang diberikan
  • Tidak tamak dalam mencuba
  • Bersabar dengan ujian
  • Usaha promosi yang berterusan
  • Doa tawakal kepada Allah


PANDANGAN ISLAM MENGENAI PERNIAGAAN


(Perniagaan adalah sunah Rasulullah S.A.W)
  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah.
  • Berniaga juga adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi khidmat kepada masyarakat.
  • Setiap perkara dalam berniaga wajib berlandaskan rujukan dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan yang berniaga semata-mata kerana Allah dan menagih keredhaanNya.
  • Dalil Al Quran tentang perniagaan:        Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
  • Sabda Rasulullah s.a.w:                "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
  • Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.

CONTOHILAH AKHLAK RASULULLAH S.A.W KETIKA BERNIAGA (1)



 
1. Keuntungan Adalah Sasaran yang kedua

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan. Sebaikya sebelum memulakan perniagaan, perbetulkan niat, niatlah untuk berbakti kepada masyarakat agar terlaksananya fardhu kifayah yang baik sesama umat islam.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju, Ini juga adalah ujian, besbarlah dengan ujian nikmat ini, selalulah bersyukur dan malu kepada pemberi rezeki ini.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”


Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid”              (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi,“Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

5. Sasarkan Matlamat Lebih Tinggi untuk islam

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama.Sewajarnya dengan pelancaran produk baru,target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.
Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap.Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan kerana adanya sifat saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri. 

7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup, Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah S.W.T dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya :              “Dari Khaula Al-Ansariah R.A ia berkata :     Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

P/S: Inilah antara perkara asas menjadi peniaga muslim seterusnya menjadi usahawan mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat, jauhi perkara yang haram, meragukan dan memastikan segala kerja dilaksanakan semata-mata kerana berniaga dengan Allah S.W.T, dan ingatlah segala keuntungan atau kerugian adalah dariNya,kita sebagai hamba hanya mengusahakan sahaja apa yang sudah ada,dan jika mendapat untung,bersyukurlah dan berkongsilah nikmat-nikmat Allah dan jadilah pemurah,dan jika rugi,besabarlah dan redhalah di atas ujian yang Allah berikan,berniaga ini melatih kesabaran hati,penambah baikkan akhlak diri serta memohon pertolongan dariNya yang Maha kaya raya,Amin.

CONTOHILAH AKHLAK RASULULLAH S.A.W KETIKA BERNIAGA (2)



Empat sunnah Rasulullah s.a.w di dalam perniagaan yang sering dilupakan kini:

  • Memaklumkan kepada pelanggan mengenai kelemahan atau kecatatan produk yang dijual secara jujur dan berhemah.
  • Memulangkan kembali duit atau menggantikan dengan yang baru kepada pelanggan sekiranya terdapat aduan kerosakaan dan sebagainya, sambil mengukir senyuman ikhlas kerana Allah.
  • Melebihkan timbangan atau sukatan yakni bersedekah.
  • Mengambil keuntungan yang sedikit dan melebihkan khidmat untuk pelanggan.



Empat Perkara yang perlu dilakukan oleh pelanggan terhadap peniaga yang mereka berurusan:

  • Sebagai pelanggan,menjaga adab dan akhlak kepada peniaga semasa berurusan serta merendah diri dan memberikan senyuman mesra.
  • Jika kedai tersebut ramai pelanggan menunggu,hendaklah sabar menunggu giliran dan beratur dengan tertib dan berkelakuan baik,ianya memudahkan urusan peniaga juga tidak membebankan peniaga tersebut dengan melayani pelanggannya yang ramai.
  • Berlaku jujur kepada peniaga seperti memulangkan duit baki jika peniaga terlebih memberi baki duit semasa urusan pembeliaan bersama peniaga sebentar tadi.
  • Bertolak ansur dan menjaga adab dengan pembeli lain jika mereka sedang berlaku proses tawar menawar barang dagangan oleh peniaga sedang berlangsung.



Rasulullah s.a.w kerana mengamalkan perniagaan yang jujur dan amanah terhadap majikannya dan kepada pembelinya,kesemua pelangganya jatuh hati terhadap akhlak dan budi pekerti baginda yang mulia,semua barang dagangan Rasulullah habis terjual dengan cepatnya dan segala urusan perniagaan berlangsung dengan mudah dan tenang,pelanggannya menjadi tenang dan mesra,mereka mempercayai kejujuran,ketulusan Rasulullah dan mereka merasa dihargai oleh Rasulullah s.a.w ketika berurusan,Inilah beberapa tips kejayaan perniagaan Rasulullah di Syam,Sehinggakan majikannya iaitu Sayidatina Khadijah Al-Kubra R.A jatuh hati kepada Akhlak Rasulullah lantas melamar Rasulullah s.a.w sebagai suaminya.

P/S: Inilah contoh tauladan yang mulia insan teragung tinggalkan untuk kita semua,agar kita mencontohi, meneladani dan menghayati akhlak dan adab Rasulullah s.a.w ketika berniaga sehinggakan mendapat kepercayaan kesemua manusia yang berurusan dengannya,Subahanallah!

Jom Berniaga Cara Nabi Muhammad SAW





Tidak Pernah Berdebat  
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata,
“Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
   Zaman sekarang, banyak yang dengki dan ingin saling menghapuskan antara satu sama lain    

Teknik Menjual yang Unik 
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia lain yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

Sentiasa Senyum 
Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
   Zaman sekarang, ada yang bermasam muka semasa menjual beli, nampak macam tak ikhlas    

Jujur 
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan. 
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak bersumpah palsu 
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut 
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.

Bukan mengejar harta semata-mata 
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan. Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Fasih Tutur Kata 
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

Keuntungan Maksimum adalah Mungkin 
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.
Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan,
seorang sahabat Nabi membeli 2 ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, (lepas jualan itu), di tangan sahabat itu ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar (yang pembeli bayar kepadanya tadi).
Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu).
Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.
Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

BERNIAGA - SUNNAH RASULULLAH.




Bekerja dan berniaga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda mula berniaga ketika umurnya sekitar 12 tahun. Ketika itu baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam. Semasa mengikuti rombongan berniaga inilah, Abu Talib ditemui oleh pendita Yahudi bernama Bukhaira. Pendita Yahudi ini mendapati adanya tanda-tanda kenabian pada Rasulullah s.a.w dan menyuruh Abu Talib supaya segera membawa baginda pulang ke Mekah.

Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;

" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."

(H.R Bukhari)


Menjelang usia remaja, Rasulullah terus bekerja dengan menjadi pengurus kepada syarikat perniagaan milik Ummul Mukminin,Khadijah Binti Khuwailid, seorang ahli korporat wanita terkenal di Mekah......dengan meringkaskan cerita, pengalaman Rasulullah s.a.w berniagaan, bukan sekadar berniaga dan mencatat untung besar tetapi baginda diperhatikan oleh Maisarah bagaimana akhlak muamalatnya ketika melayan pelanggan, cara baginda berjual beli, menyukat timbangan serta ketelitian, kesopanan dan kejujuran baginda sehingga memajukan perniagaan.

Khadijah bukan tertarik kepada keuntungan besar yang berjaya dicapai oleh Rasulullah, tetapi kepada akhlak baginda seperti yang dilaporkan oleh maisarah. Beliau amat kagum dan gembira dengan sifat mulia baginda sehingga mendorongnya "meminang" baginda melalui sahabatnya Nafisah....

Cerita kisah Muhammad s.a.w dengan Siti Khadijah ini bukan isunya. Tetapi bagaimana baginda menjalankan perniagaan dan amalan-amalan mulia dalam perniagaan sebagai suatu sunnah yang amat wajar dicontohi oleh umat hari ini. Kerajinan Rasulullah berniaga tiada tolok bandingnya. Akhlak baginda bermuamalat begitu mulia sekali. Akhlak baginda itu bukan sekadar menarik perhatian pelanggan, tetapi juga rakan kongsi perniagaannya,Khadijah.

Orang mukmin sangat beruntung apabila memiliki ibu seperti Khadijah. Bukan sahaja kaya dan berhati mulia, tetapi beliaulah yang menjadi pendukung utama perjuangan Islam ketika orang lain masih memusuhi agama Allah. Beliau telah menghabiskan segala harta bendanya untuk berjihad di jalan Allah. hasil perniagaannya yang melimpah itu disalurkan untuk agama. Bahkan, ketika saat ajalnya tiba beliau berpesan kepada Rasulullah s.a.w supaya kulit belulang dan tulangnya dijual bagi membiayai perjuangan Islam. Kerana itu, nama Khadijah sentiasa disebut-sebut oleh Rasulullah s.a.w ;


" Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Mariam dan sebaik-baik wanita pada zaman aku ialah Siti Khadijah ".

Cara Nabi Muhammad S.A.W Berniaga




1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.

Saya terkenang kembali kata-kata seorang tokoh perniagaan yang berjaya ketika beliau menyampaikan syarahan berkenaan perniagaan beliau, dan salah satu perkara yang dinyatakan oleh beliau berkait dengan teknik Rasulullah berniaga.

Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbnicang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.

Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.

“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

5. Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.

Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.

7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.

Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Jual Beli Salam

JUAL BELI SALAM

Definasi

Menurut istilah hukum syarak, jual salam ialah menjual sesuatu benda yang belum ada di hadapan mata, tetapi ditentukan sifat-sifat dan kadarnya.

Syarat-syarat Barang Yang Dijual Salam

Sesuatu barang atau benda hendak dijual secara salam itu disyaratkan :
  1. Boleh dianggarkan sifatnya, ertnya ada sifat-sifat yang boleh dibuat anggaran dan perbezaan dengannya.
  2. Tidak bercampur dengan benda-benda lain yang menyebabkan sukar hendak membuat anggarannya.
  3. Barang itu hendaklah tidak tertentu. Tidak boleh seperti kata penjual : “Saya jual salam kain ini kepada saudara.”
  4. Barang itu tidak berhad pada satu tempat saja.
  5. Barang itu hendaklah sesuatu yang sah dijualbeli.

Syarat-syarat Sah Akad Jual Salam

Syarat-syarat sah akad jualbeli salam ialah :
  1. Hendaklah dijelaskan jenis dan sifat-sifat penting bagi barang yang hendak dijual itu.
  2. Hendaklah dijelaskan juga kadarnya.
  3. Hendaklah ditetapkan masa tempoh untuk mendapatkannya.
  4. Hendaklah barang itu boleh didapati bila sampai tempoh yang ditetapkan.
  5. Hendaklah barang itu biasa didapati, bukan jarang-jarang didapati.
  6. Hendaklah ditetapkan tempat menerimanya.
  7. Hendaklah dibayar tunai harganya.
  8. Akad jualbeli ini terus berjalan kuatkuasanya, ertinya tidak sah jika disyaratkan khiar.

Peringatan

  1. Bila diserah barang itu sebagaimana yang disifatkan di dalam akadnya atau lebih baik lagi, wajiblah menerimanya.
  2. Kalau barang itu terkurang dari apa yang telah disifatkan, harus menerimanya, tetapi tidak wajib.

Hikmah Jual Beli Salam

Di antara hikmat-hikmat diharuskan jualbeli secara salam ialah :
  1. Untuk memberi kemudahan kepada anggota masyarakat menjalankan urusan perniagaan.
  2. Untuk menanamkan perasaan tolong menolong di antara satu sama lain.

Budipekerti Dalam Jual Beli Salam

Di antara budipekerti dalam jual salam, ialah :
  1. Masing-masing hendaklah bersikap jujur dan tulus ikhlas serta hendaklah amanah dalam perjanjian-perjanjian yang telah dibuat.
  2. Penjual hendaklah berusaha memenuhkan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu.
  3. Pembeli janganlah cuba menolak barang-barang yang telah dijanjikan itu dengan membuat berbagai-bagai alasan palsu.
  4. Sekiranya barang yang dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat-syarat yang telah dibuat, masing-masing hendaklah bertolak ansur dan mencari keputusan yang sebaik-baiknya.



    Riba' MeNurut IsLaM



    Sebelum saya bercerita lebih panjang tentang riba'.Elok lah saya ceritakan tentang makne riba itu sendiri..Riba ini dalam bahse mudahnye tambahan.Ok, berniaga mesti nak untungkan?Riba ni boleh diketogorikan sbagai jual beli.Tapi bezanye riba degan jual beli yang lain ialah riba ini automotik haram berbanding jual beli yang lain ade kala ulama' yang kata haram dan ade yang halal...Dalil yang mengatakan riba ni halal ade banyak..saya akan nytakan satu je disini dan mudah untuk dingati oleh kamu semua..Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 ) 


    Berniaga mesti nak untung dan rasul sendiri membenarkan sahabatnye berniaga kemudian mendapat untung..Al-Bukhari, no 3642 Dalilnye riwayat),Sesungguhnya Nabi SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung.

    Riba pon begitu untuk mendapat keuntungan tetapi salahnye riba' tujuan dia bukan saje nak dapat keuntungan tapi untuk menindas orang yang lemah.Contohnye seseorang yang hendak memimjam duit tapi disebabkan lambt membayar hutnag beliau disuruh untuk membayar lebih.kalo disini kite lihat penindasan sudah berlaku.Seseorang yang meminjam duit msti sbb dia xade duit jadi apabila dikenakan tambahan sbb lmbt bayar hutang maka bertambah2 lah tade duit si peminjam tadi.

    Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-
    a)  Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
    Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

    b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
    Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
    apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

    c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
    Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
    RM 120.00

      Hadis dari Ubadah b Samit berikut:
     Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
    Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.6 barang ini kalo nak ditukar hendak lah same sukatan dan jenis serta nilai nye...
        

     Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-
    - Barang yang sama jenis:-
    a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
    b) Hendaklah sama dengan tunai.
    c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
    - Barang yang tidak sama jenis:-
    a) hendaklah dengan tunai.
    b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
       Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.


    Hikmah diharamkan riba’

    - Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
    - Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
    - Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
    - Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.