Showing posts with label Syariah. Show all posts
Showing posts with label Syariah. Show all posts

3 Jenis Musibah

jom kita kenali 3 jenis musibah dlm hidup ini:



ada 3 jenis musibah (walaupun pd dasarny adalah sama) tetapi ia bbeza berdasarkan kpd keadaan penerima & bagaimana tindakan yg dambil ketika dtimpa musibah itu.



1. Kafarah



blaku ke atas org yg baik ttp ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan @ kelalaian & tidak mampu melawan hawa nafsu.



maka musibah ini dturunkan sbg "tebusan" utk menghapuskan dosa & keterlanjuranny. maknany, Allah membalas ddunia utk melepaskanny dr seksaan akhirat. musibah ini lebih baik krn azab ddunia lebih ringan berbanding azab akhirat.





scr ringkas, kafarah adalah "ujian utk org baik yg mbuat jahat". dgn ujian itu, org baik akn mdpt peringatan & amaran atas kelalaian & keterlanjuranny. lalu berusaha utk btaubat & mendapatkn keampunanNya.



firman allah swt: "&Kami(allah) timpakan mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yg benar." (surah al-Zukhruf 43:48)



firman Allah: "& Kami pecahkan mereka ddunia ini kpd beberapa golongan. antara mereka ada yg soleh & ada yg tidak sedemikian. & kami uji mereka dgn nikmat yang baik2 & bencana yg buruk2, agar mereka kembali kpd kebenaran." (surah al - A'raf: 168)





2. Bala



adalah 1 bentuk ujian yg dkenakan ke ats org jahat yg melakukan kejahatan. allah swt datangkan musibah ini sbg  hukuman ddunia sebelum dhukum dgn lebih berat dakhirat kelak. org sebegini akn dseksa 2xi, pertama ddunia & kedua dakhirat.



scr ringkas, bala ialah bentuk ujian kpd "org jahat yg bbuat jahat". ummat Nabi Nuh as yg dtenggelamkan banjir, Firaun yg dtenggelamkan di Laut Merah, Namrud yg dbunuh nyamuk, Qarun yg dtelan bumi adlah mereka yg dtimpa bala ddunia lagi sebelum dseksa dakhirat.



firman Allah swt: "maka masing2 (mereka) Kami seksa dsebabkan dosany, maka antara mereka Kami kirimkan kepadany hujan batu kerikil & antara mereka yg dtimpa letupan suara yg menggempakan bumi, & ada yg Kami tenggelamkan ddalam laut, & ingatlah, allah sekali2 tidak menganiaya mereka, akn tetapi merekalah yg menganiaya diri mereka sendiri." (surah al-'Ankabut 29:40)





3. Ibtila'



adalah yg dkenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan. musibah ini adalah tanda kasih syg allah kpd  hamba2Nya yg taat. dgn musibah, mereka mdapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, pahala bsangka baik & sbgny.



jika tidak duji, bagaimana hamba yg taat itu hendak mdapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah drp allah? dgn bentuk ujian inilah ada dlm kalangan rasul yg dtingkatkan kpd darjat 'Ulul Azmi (Nabi Muhammad as, Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, & Nabi Isa as) - yakni mereka yg paling gigih, sabar & tabah ketika menanggung musibah.



scr ringkas Ibtila' ialah ujian keats "org baik yg melakukan kebaikan". golongan para Nabi, siddiqin, syuhada & solihin ialah mereka yg sentiasa duji dlm bentuk ibtila' terutamany ketika mereka bjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil pengajaran drpny.



firman allah: "apakah patut kamu menyangka kamu akn masuk syurga padahal belum datang kpd kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yg dderitai org tdahulu dp kamu, iaitu mereka yg dtimpa kesengsaraan, kemelaratan &  mereka yg dancam bahaya sehinggalah Rasul & org yg beriman bersamany merintih : 'bilakah datangny pertolongan Allah?'." (surah al-Baqarah 2:214)



bg org yg SABAR, allah menjanjikan : "sesungguhnya org yg sabar itu dganjari dgn pahala tanpa hisab." (surah al-Zumar 39:10)



bg org yg SYAHID, maksud sabda Nabi Muhammad saw: "org yg terbunuh djalan allah (syahid) akn dhapuskan segala dosa melainkan hutang." (Riwayat Muslim no.4992)





jadi apakah jenis musibah yg kamu terima selama ini?

adakah ia kafarah? Bala? @ Ibtila'?

sama2 muhasabah diri.. smg dredhai allah swt

copy paste dari org lain

Kaedah Mendidik anak menurut Islam

MUdahnye hendak mendidik sbnrnye


Sejak saya menjadi seorang guru barulah saya dapat merasekan bertapa susah nye seorang guru hendak mendidk anak muridnye terutamanye budak2 yang tidak memahami apa yang kite katakan..Contohnye budak2 umur 7 tahun kerana sekrang ini saya mengajar budak 7 tahun membaca alquran...Agak tension jugak utk mengajar mereka kerana mereka susah untuk disuruh duduk diam bagi membaca alquran...

Didikan sebenarnye perlu didik semase dirumah lagi bila disekolah mereka akan ikut ape yg mereka lakukan dirumah.Jadi disini sy ingin berkongsi sedikit ilmu tentenag cara hendak mendidik anak menjadi cermelang 
Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Didiklah anakmu dengan agama


Tanggungjawab siapakah mendidik anak?






 Mendidik anak adalah merupakan kewajipan bagi seorang hamba yang bergelar ibu dan ayah,abi dan umi dan sebagainya.Didikan yang baik dpt membentuk peribadi yang baik terhadap anak.Terdapat sepotong hadis yang bermaksud


“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh ” [Riwayat Muslim]

Anak-anak adalah amanah yang diberikan Allah kepada setiap ibu bapa. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan ‘kain putih’ itu. Ibu bapa sekaligus menjadi role model dalam hal ini. Kerana itulah disebutkan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Untuk mendidik anak haruslah bermula dari dalam perut. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi di dalam perut sebenarnya memberikan respon terhadap apa sahaja bunyi yang didengar dan sentuhan yang diberikan oleh ibu.

Ini adalah tips berkasan dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh.
  •  Persekitaran yang baik – termasuklah kawasan kejiranan, sekolah, dan masyarakat sekeliling.
  • Solat berjemaah sama ada di rumah atau di masjid serta keraplah mengahdiri majlis ilmu.
  •  Ibu bapa jangan pilih kasih. Sentiasa berlaku adil terhadap anak-anak dengan mengambil kra faktor jantina, umur, dan peribadi.
  •  Tidak memberi kemewahan berlebihan dan kurang kasih sayang.
  •  Jangan pula berlebihan dalam memberi kasih sayang,
  •  Ibu bapa harus peka dengan kehendak semasa selari peredaran zaman.
  •  Budayakan solat dalam jiwa anak-anak biarpun mereka masih kecil
  •  Doa adalah senjata paling utama. Maka berdoalah agar anak-anak melalui jalan yang benar dan lurus. 
  Kesimpulanya didikan yang baik untuk anak2 ialah seperti didikan yang telah diterang di dalam surah luqman ayat 16 hingga 19.Yang pertama luqman menyuruh anak nye mendirikan solat,suruh orang berbuat kebaikan dan larang orang dari melakukan kemungkaran akhir sekali bersabar lah atas segala bala bencana yang menimpa.Yang kedua luqman melarang anak dia dari memandang rendah kepada orang lain ,jgn berlagak sombong semasa berjalan dimuka bumi,jgn membangga diri dan rendah kan suara ketika bercakap.
                                          Wallahu’alam bissawab