Didiklah anakmu dengan agama


Tanggungjawab siapakah mendidik anak?






 Mendidik anak adalah merupakan kewajipan bagi seorang hamba yang bergelar ibu dan ayah,abi dan umi dan sebagainya.Didikan yang baik dpt membentuk peribadi yang baik terhadap anak.Terdapat sepotong hadis yang bermaksud


“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh ” [Riwayat Muslim]

Anak-anak adalah amanah yang diberikan Allah kepada setiap ibu bapa. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan ‘kain putih’ itu. Ibu bapa sekaligus menjadi role model dalam hal ini. Kerana itulah disebutkan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Untuk mendidik anak haruslah bermula dari dalam perut. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi di dalam perut sebenarnya memberikan respon terhadap apa sahaja bunyi yang didengar dan sentuhan yang diberikan oleh ibu.

Ini adalah tips berkasan dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh.
  •  Persekitaran yang baik – termasuklah kawasan kejiranan, sekolah, dan masyarakat sekeliling.
  • Solat berjemaah sama ada di rumah atau di masjid serta keraplah mengahdiri majlis ilmu.
  •  Ibu bapa jangan pilih kasih. Sentiasa berlaku adil terhadap anak-anak dengan mengambil kra faktor jantina, umur, dan peribadi.
  •  Tidak memberi kemewahan berlebihan dan kurang kasih sayang.
  •  Jangan pula berlebihan dalam memberi kasih sayang,
  •  Ibu bapa harus peka dengan kehendak semasa selari peredaran zaman.
  •  Budayakan solat dalam jiwa anak-anak biarpun mereka masih kecil
  •  Doa adalah senjata paling utama. Maka berdoalah agar anak-anak melalui jalan yang benar dan lurus. 
  Kesimpulanya didikan yang baik untuk anak2 ialah seperti didikan yang telah diterang di dalam surah luqman ayat 16 hingga 19.Yang pertama luqman menyuruh anak nye mendirikan solat,suruh orang berbuat kebaikan dan larang orang dari melakukan kemungkaran akhir sekali bersabar lah atas segala bala bencana yang menimpa.Yang kedua luqman melarang anak dia dari memandang rendah kepada orang lain ,jgn berlagak sombong semasa berjalan dimuka bumi,jgn membangga diri dan rendah kan suara ketika bercakap.
                                          Wallahu’alam bissawab

No comments:

Post a Comment