Allah jadikan semua makhluk di dunia ini mempunyai pasangan masing-masing. Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti
mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari
acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan.
Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai.
Gerak
langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan.
Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan
bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam
kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni
alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan
antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.
Allah S.WT. berfirman:
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "(ar-Ruum:21)
Namun begitu allah juga telah menetapkan batasan
pergaulan antara lelaki dan wanita. Pertemuan antara lelaki dan
perempuan pada zatnya tidaklah haram.
Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada
pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan
program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja
yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama
ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan.
Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan
kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan
had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap pertemuan yang berlaku
di antara kedua belah pihak.Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa
berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam.
Firman Allah:
Maksudnya: " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…" (Surah An-Nuur:30,31)
Berbalik
kepada tajuk, perlukah kite bercinta sedang kan cinta itu hanyalah akan
memndatangkan dose pada diri kite.DOSA tersebut lame2 akan menyebabkan
hati kite bertambah gelap dan menjadi keras seperti batu.
Firman allah dalam surah al baqarah 74" Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu2 itu pasti ada sungai2 yang airnya memancar daripadanya. Adapula yang terbelah lalu kaluarlah mata air daripadanya. Dan adapula yang meluncur jatuh karena takut kepada Allah Swt. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan "
Sebelum
kite hndak bercinta fikirkan lah kesan negativenye .Perlukah kite
bercinta sedangkan cinta kite terhdap pencipta dan nabi masih lagi belum
dipenuhi.Marilah same-same kite muhasabah diri tentang segala dose yg
telah kite lakukan terutama sekali kite bercinta...
Wallahu’alam bissawab
Wallahu’alam bissawab
No comments:
Post a Comment