Solat itu Penting


Kenapa maksiat masih berlaku walaupun kite telah bersolat??? 




       
Solat dapat mencegah kite daripada melakukan maksiat.Ini telah dinyatakan di dalam alquran dlm surah al ankabut ayat ke 45 firman allah 

“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan’’.


Tetapi knpe kita masih lagi melakukan maksiat walaupun telah melakukan solat lima waktu sehari smlm?.Semua nye kite kembali kpd hati.Adakah solat yang kita lakukan itu dengan keikhlasan?atau pon semata-semata utk melepaskan tanggungjawab kite sbgai orang islam.Ingtlah firman Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat pertama dan kedua


Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka”.Hanya orang yang khusyu’ dalam solatnya  sahaja yang akan beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat.


Segala yg telah digariskan di dalam alquran semua nye benar.Sekiranya anda masih lagi melakukan maksiat atau perkara mungkar maka sila rujuk kembali dlm hati anda,Adakah anda ikhlas dalam menunaikan kefarduan  anda? Dan adakah ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT.


Periksalah kembali solat anda supaya kite sama-sama dpt mencegah diri kite dan org lain dari pada melakukan kemungkaran sekali gus mendpt pahala yg bnyk. Baginda pernah bersabda :Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.

Solat itu penting kerana Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An'aam yang bermaksud:

Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti


Jadi same2 lah kite muhasabah diri ,adakah solat yg kite lakukan ini diterima oleh allah atau pun tidak sekiranya diakhirat nnti solat yang kite lakukan tidak diterima maka semua amalan kite tidak diterima.Solat ini ibarat pemandu kite api yang membawa penumpangnya.Sekiranya pemandunya memandu dgn betol insyallah kite akan dpt smpai kedestinasinya sekiranya tidak maka matilah semua penumpang didalamnye mungkin kerana kelaparan atau pon exsident.

                                           Wallahu’alam bissawab

No comments:

Post a Comment