DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah,
Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : “Pergilah kepada
hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu
mendengar suaranya.”
Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah memerintahkan malaikat-Nya yang
tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan
kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan cubaan kepada
hamba-hamba-Nya.
Dengan cubaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba
itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati
hamba-Nya.
Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan
kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang
sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan
semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, ia
adalah salah.
Melalui hadis di atas, Allah mengingatkan bahawa kesenangan dan
kesusahan itu adalah ujian ke atas hamba-Nya dan ia adalah sunnatullah.
Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan cubaan daripada Allah.
Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannnya.
Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan.
Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka ia perlu dinilai
ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku
diri beriman. Tentulah Allah akan menguji sejauh mana keimanan mereka
terhadap-Nya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah
beriman, sedang mereka tidak diuji?” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).
Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan
sesungguhnya iman itu bukanlah sebuah kata-kata yang diucap, malah iman
adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang
mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran
dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan.
Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: “Kami telah beriman.” Mereka
tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian
dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar
daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk
memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal
kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya
dan saranannya. Begitulah juga ujian itu bertindak pada hati hati
manusia.
Dalam ayat lain, Allah menerangkan secara jelas bahawa hubungan manusia
dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan cubaaan. Firman Allah
bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi
itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara
mereka yang terbaik amal perbuatannnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 7-8. Ayat
ini menjelaskan bahawa tujuan Allah mendatangkan pelbagai ujian ke atas
hamba-Nya untuk menilai siapakah di antara hamba-hamba-Nya yang
terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah.
Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan,
kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada
kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk
kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan
oleh-Nya bermaksud: “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah
al-Anbia, ayat 35).
Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-Nya dengan nikmat harta kekayaan
dan pelbagai kesenangan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian
dengan bencana, seksaan dan kesusahan. Ini kerana berapa ramaikah orang
yang memiliki kekayaan, tetapi hidupnya penuh dengan kecelakaan kerana
gagal mengguna atau menyalurkannya pada tempat sewajarnya.
Kekayaan yang dimiliki diuji oleh Allah. Ini jelas diterangkan dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: “Sesungguhnya
bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan.”
Demikian juga dengan orang yang diuji dengan pangkat dan kekuasaan,
hinggakan mereka menyangka mereka telah berkuasa sepenuhnya dan memiliki
segala-galanya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:
“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika
menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat
kembali.” (Surah al-Alaq, ayat 6-8)
Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap
mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas
mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat. Pada hal, apa yang
dimiliki hanya sedikit daripada kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Rasulullah bimbang umatnya yang diulit dengan kemewahan yang tidak
ingatkan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana
kemewahan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:
“Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan
tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana
yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang
dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya
umat terdahulu.”
Ujian berat bagi kaum lelaki ialah ujian terhadap wanita. Ini dijelaskan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:
“Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum
lelaki kecuali godaan kaum wanita.”
Ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir pula ialah mengenai
akidah dan agama. Ini kerana, ramai orang yang mengaku dirinya Muslim,
beriman tetapi setelah diuji Allah akan iman dan agamanya dengan
pelbagai cubaan, ternyata ramai antara mereka yang lemah dan tergelincir
daripada landasan yang benar.
Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan antara manusia
ada yang berkata: Kami beriman kepada Allah. Tetapi apabila mendapat
gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap
gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang
pertolongan daripada Allah; mereka pasti akan berkata: Sesungguhnya kami
berserta dengan kamu (kaum mukmin).
“Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada
manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan
benar-benar mengetahui orang yang munafik.” (Surah al-Ankabut, ayat
10-11.
Oleh itu, sekiranya diuji Allah hendaklah kita bersabar kerana dengan
bersabar kita akan mendapat ganjarannya iaitu dihapuskan dosanya. Ini
dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi
bermaksud: “Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik
lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi
dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Daripada huraian atas dapat disimpulkan, ujian yang Allah turunkan ke
atas hamba-Nya mempunyai pelbagai bentuk. Ada ujian yang menimpa tubuh,
anak, harta kekayaan, pengaruh, kekuasaan, pangkat, akidah dan
sebagainya sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Tujuan
Allah memberi ujian itu untuk melihat siapakah orang yang benar-benar
beriman dengan-Nya, untuk menghapuskan dosa hamba-Nya dan menguji
kesabaran hamba-Nya supaya benar-benar menjadi seorang Muslim
berkualiti.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
CINTA KAN ISLAM KEBAHAGIAN KITA
BETOL KE DENGAN MEMBACE TENTANG ISLAM HATI KITE AKAN TERBUKA UNTUK LEBIH MEMAHAMI APAKAH ISLAM ITU SEBENARNYA?
BETOL KE DENGAN CINTA KAN ISLAM KITE TIDAK AKAN JEMU,BOSAN DENGAN MAJLIS-MAJLIS ILMU?
BAGI SAYA SEMUA TU BETOL....SEMAKIN BANYAK MEMBACA KITE AKAN KENAL SIAPA YANG MENCIPTA KITE DAN KITE AKAN KENAL SIAPA ITU KEKASIH ALLAH..
KITE AKAN RASE LEBIH SEMANGAT UNTUK TERUS MENERUS MEMBACA TANPA RASE JEMU BILA ADE RASE CINTA TERHADAP ISLAM ITU....
SAYA BAGI CONTOH SENANG...MEMANG BENDA IN DAH SELALU DIPERKATAKAN OLEH USTAZ SEMSAE CERMAH MEREKA TETAPI MANUSIA ITU SENTIASE LUPA WALAUPON MEREKA BERPANGKAT USTAZ PON...SEBAB TU ADE HADIS YANG MENGATAKAN AGAMA ISLAM ITU NASIHAT
DARIPADA ABU RUQAIYYAH TAMIM BIN AUS AL-DARI R.A. BAHAWA NABI SAW TELAH BERSABDA:"AGAMA ITU ADALAH NASIHAT". KAMI BERKATA: "UNTUK SIAPA?" BAGINDA BERSABDA: "UNTUK ALLAH, UNTUKKITAB-KITABNYA, UNTUK PARA RASULNYA, DAN PARA PEMERINTAH MUSLIMIN DAN UNTUK ORANG-ORANG AWAM MEREKA". HADIS RIWAYAT AL-LMAM MUSLIM
OK KITE SAMBUNG BALIK CONTOH TADI....KITE SUKA TENGOK BOLA, AGAK2 BERAPE LAME KITE BOLEH DOK DEPAN TV TENGOK TANPA JEMU WALAU PUN LAME....PERLAWANAN BOLA BIASE NYE KALO TIDAK LEBIH SEJAM ITU BUKAN MAIN BOLA....KALAU SALAH MAAF..
OK CUBA KITE BAYANGKAN KITE DOK DEPAN TV DENGAN CERMAH DI TV ALHIJRAH SELAMA SETENGAH JAM SAJE,AGAK2 KITE DAPAT TAHAN BERAPA LAME DEPAN TV?SOLAN INI JAWAPAN NYA ADA DALAM HATI SAHABAT SEMUA.....
SEKIRANYA ADE SUKA PADA SESUATU ITU KITE AKAN TUNGGU,LIHA,DENGAR TANPA BOSAN SESAAT PON TETAPI BILA KITE TIDAK SUKA SESUATU ITU HATTA SESAAT PON KITE DAH MULA LIHAT JAM,PINTU DAN MACAM-MACAM...
JOM KITE CHECK BALIK DIMANAKAH KITE SELAME INI...LALU TERUS BUAT PERUBAHAN, JANGAN TUNGGU ESOK ATAU LAGI SATU JAM TETAPI TERUS BERUBAH
SUATU HARI, IMAM AL-GHAZALI BERKUMPUL DENGAN MURID-MURIDNYA LALU BELIAU BERTANYA (TEKA TEKI ) :
IMAM GHAZALI = ” APAKAH YANG PALING DEKAT DENGAN DIRI KITA DI DUNIA INI ?
MURID 1 = ” ORANG TUA “
MURID 2 = ” GURU “
MURID 3 = ” TEMAN “
MURID 4 = ” KAUM KERABAT “
IMAM GHAZALI = ” SEMUA JAWAPAN ITU BENAR. TETAPI YANG PALING DEKAT DENGAN KITA IALAH MATI. SEBAB ITU JANJI ALLAH BAHAWA SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI ( SURAH ALI-IMRAN :185).

Islam itu indah bila kite cari
SEMALAM USTAZ MENGAJAR PADA WAKTU MAGHRIB MEMBERI NASIHAT PASAL KISLAM DAN DIA JUGA ADE BERI PERUMPAAN PASAL ISLAM...
KATA BELIAU:KERETA YANG KITE BELI PAKAI DUIT KITE YANG LEBIH KITE
SAYANG KE ATAUPUN KERETA YANG ORANG BAGI...BELIAU TERUS JAWAP MESTI YANG
KITE BELI PAKAI DUIT KITE SENDIRI SEBAB PENAT LELAH KITE CARI
DUIT,TAHAN LAPAR DAN DAHAGA,SANGGUP TAHAN NAFSU NAK BERMEWAH
SEMATA-SEMATA UNTUK BELI KERETA BERBANDING DENGAN DUIT ORANG BAGI
KEMUDIAN KITE BELI KERETA,TAHAP KESAYANG KITE DENGAN KITE YANG KITE BELI
MENGGUNAKAN DUIT KITE DENGAN DUIT ORANG BAGI....
PENDENGAR:BETOL TU USTAZ TETAPI APE KAITANNYA KERETA DENGAN ISLAM USTAZ?
KATA BELIAU:SABARLAH SAYA TIDAK HABIS TERANG LAGI....OK KAITAN NYA
DENGAN ISLAM ...ZAMAN NABI DAHULU ISLAM MEREKA CARI DAN CUKUP SUSAH
UNTUK DAPAT ISLAM OLEH ITU TAHAP SAYAYANG NYA MEREKA TERHADAP ISLAM
SANGAT BERBEZA DENGAN KITE DISEBABKAN ISLAM YANG KITE ADA BUKAN KITE
CARI TETAPI BERDASARKAN KETURUNAN KITE...AYAH KITE ISLAM JADI KITE PON
ISLAM..
KESIMPULAN NYA ISLAM YANG KITE ADE SEKARANG DALAM HATI
KITE MASIH TIDAK CUKUP LAGI...JADI KITE KENA TERUS MENCARI DAN MENCARI
SEHINGGA KAN KITE DAPAT TAHU KESEMPURNAAN IMAN ITU YANG
SEBENARNYA...ISLAM TELAH SEMPURNA TETAPI TAHAP ISLAM KITE MASIH LAGI
TIDAK SEMPURNA...INSYALLAH JOM KITE SIAP-SIAP PERGI MASJID..JADILAH
PEMUDA YANG MASJID MOGE KITE DAPAT NAUNGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR.....
Subscribe to:
Posts (Atom)