Nikmatnye ahli syurga seksanya ahli neraka


               Siapakah ahli syurga Dan siapakah Ahli Neraka??




Dari ‘Abdullah .a. katanya: “Rasulullah saw yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya.

 Kemudian diperintahkan kepada malaikat menulis empat ketetapan. Yaitu mengenai rezekinya, ajalnya, ‘amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak nya ke neraka hanya hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli surga, lalu (pada usia umurnya)dia beramal dengan amalan ahli sturga.


Amalan-amalan ahli syurga:

1. Beriman kepada Allah, Para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir serta beriman kepada qadar (takdir) yang baik maupun yang buruknya.

2. Bersyahadat Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah) dan Muhammad  adalah Rasulullah (Nabi Muhammad adalah utusan Allah), mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa  di bulan Ramadan, dan berhaji ke Baitullah. Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah meliha-Nya, dan jika tidak boleh, maka yakinilah bahwa Dia melihatmu.

3. Berbicara jujur, menunaikan amanat, menepati janji, berbakti kepada orang tua (birrul walidain) menyambung hubungan kerabat, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, dan yang menjadi tanggungannya dari kalangan manusia atau binatang.

4. Ikhlas beribadah kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya, cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya, takut kepada Allah  dan berharap rahmat-Nya, kembali kepada-Nya, bersabar menetapi hukum-Nya, dan menyukuri nikmat-nikmat-Nya.

5. Suka membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, berdoa kepada-Nya, meminta dan berharap kepada-Nya.

6. Beramar makruf (menyuruh orang berbuat kebaikan), bernahi munkar (melarang orang dari berbuat buruk), berjihad di jalan Allah dalam memerangi orang kafir munafikin.

7.  Adil dalam semua urusannya, adil terhadap semua makhluk sampai terhadap orang kafir, dan amalan-amalan yan serupa.

8. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang kedekut kepadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, kerana Allah menyediakan syurga bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang-orang yang tetap berinfak dalam keadaan lapang  atau pun  sempit, menahan marah, memaafkan manusia, dan Allah menyukai orang-orang yang senantiasa berbuat baik.

Amalan-amalan  ahli neraka.

1. Berbuat syirik kepada Allah, mendustakan para rasul, kufur dan hasad dengki,  berdusta, berhianat, berbuat zalim, perbuatan keji lagi hina, ingkar janji, memutus silaturahim, takut untuk pergi berjihad, bakhil, tidak selaras di antara zahir dan batin, berputus asa dari rahmat Allah, merasa aman dari azab Allah, berkeluh kesah (tidak sabar) ketika di timpa musibah, sombng dan tidak menyukuri nikmat, meninggalkan kewajiban terhadap Allah, melanggar batasan-batasan-Nya, melanggar perkara yang diharamkan-Nya.

2. Takut terhadap makhluk dan tidak takut terhadap khaliq, berharap kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, bertawakal kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, beramal dengan riya dan sum’ah, menyalahi Al-Quran dan sunnah, taat kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, fanatik kepada kabatilan, mencela ayat-ayat Allah, menentang kebenaran, menyembunyikan ilmu dan kesaksian yang sebenarnya harus disampaikannya.

3. Melakukan sihir (santau dan sejenisnya), durhaka kepada orang tua, membunuh jiwa yang Allah haramkan tanpa jalan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari peperangan, menuduh wanita solehah telah berbuat zina.
             
                        Saudara, apabila tak tertahan kehausan yg teramat dan kelaparan yg teramat dalam neraka, penghuni neaka meminta agar penghuni syurga berkongsi dgn mereka sedikit air dan sedikit makanan yg diberikan Allah (a.w) kpd penghuni syurga. Meeka ditempelak oleh penghni syurga. Kerana Allah (a.w) mengharamkan air minuman dan makanan di ahirat kpd penghuni neraka. Minuman mereka hanya dibenarkan apa yg ada dalam neraka, iaitu minuman nanah yg teramat busuk dan menjijikkan yg menggelegak sebagai minuman dan buah halkum yg berduri sebagai makanan harian penmghuni neraka. Apabila diminum minuman neraka itu hancur luluh segala saluran makanan, perut hancur, dgn kesakitan yg tak dapat dibayangkan siksa sakitnya, kemudian kembali spt sediakala. Apabila dimakan buah zakum yg berduri itu ditelan tak boleh masuk, sambil durinya mencakar kerongkong, sehingga luka,koyak dan terburai kerongkong dan kalau masuk dalam perut pula hancur isi perut, dgn kesakitannya digandakan 99 kali pula, kemudian kembali spt sediakala. Diulangi lagi, kerana dahaga dan lapar, namun tak hilang haus dan lapar.
   
           Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketika kiamat dunia, bermulanya proses hisaban, dan sempurnakan proses hisaban, dan diputuskan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka, hanya seorang (1) drp 1,000 orang yg anuti agama Allah (a.w) (i.e. agama Islam) dari mulai zaman Adam (a.s) sampailah terjadinya kiamat, yg masuk atau mendapat syurga. Dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di kalangan umat beliau sendiri - manusia yg hidup zaman beliau sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan drp 73 golongan atau firqah umat Islam yg berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yg berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti - golongan yg sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam kononnya kita dapat syurga!
            
            Kesimpulanye,marilah kite same2 mempertingkatkan iman dan buang rase riak dan bangga diri dalam melakukan ibadah dan berzikir mengingatiNya agar kite same2 dpt dijauh kan dari azab seksa neraka dan tergolong didalam 1 golongan yg nabi sebut tadi.Mintak kite semua dijauh dari azab neraka.aminnnn.nuzubillahiminzalik.....
                   Wallahu’alam bissawab

No comments:

Post a Comment