tidak semestinya jodoh yang diaturkan itu tidak bahagia..
kebahagiaan itu datang bila kita redha dan terima apa yang telah
ditentukan untuk kita..
Mulakan dengan Bismillah..
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
 dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. 
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang 
bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan 
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, 
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan 
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi 
imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah
 ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan 
jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga 
sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, 
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab 
selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya 
salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. 
Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala 
Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan
 aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
 dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan 
Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,
 aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya 
sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun 
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.
 Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman 
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
 sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana 
surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap 
bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. 
Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di 
capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. 
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. 
Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam 
nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok 
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang 
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau 
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak 
keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt 
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? 
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. 
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene 
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah 
bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni 
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap 
dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin 
kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi 
imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak 
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia 
jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
 hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. 
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh 
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau 
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di 
pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat 
kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, 
jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras
 Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah 
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau 
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. 
Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
 Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia 
senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. 
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat 
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba 
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara 
Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak 
reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. 
“salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut 
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk
 di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. 
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi 
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia 
pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. 
Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran 
abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak
 faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman 
senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak 
tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
 bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
 isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah 
lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah 
sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak 
reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat 
itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi 
tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata 
Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak 
apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. 
Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar 
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman 
masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” 
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. 
Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di
 hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. 
Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni 
tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. 
Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. 
Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan 
cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar 
apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau 
ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman 
pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu 
menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi 
sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
 Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi 
Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki 
separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada
 lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda 
kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa 
di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman 
ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
 kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman 
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. 
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. 
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah 
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman 
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan 
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan 
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi 
imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia
 nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. 
Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi 
tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama 
tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” 
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
 isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah 
ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada 
risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat 
betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang 
lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang 
pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ 
asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya 
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan 
di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman 
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
 sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? 
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari 
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si 
isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang
 cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. 
“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu
 saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. 
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
 “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di 
seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan 
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” 
Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum 
tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, 
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” 
“okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” 
“sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
 lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
 “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan 
pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. 
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka 
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
 Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat
 Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah 
(mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan 
isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. 
“eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya 
dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan 
menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman 
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. 
Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat
 villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut 
Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. 
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang
 duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham 
dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang 
macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, 
apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. 
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa 
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung 
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang 
best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru 
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best 
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita 
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen 
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu
 itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada 
Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi 
pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” 
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah 
agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa 
adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna 
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. 
Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari 
seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu 
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan 
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis 
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku 
ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia 
menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata 
perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di 
sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
 isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau 
hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman 
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia 
menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba 
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah 
bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” 
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak 
makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay.
 Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. 
“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita 
sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” 
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan 
tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli
 tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan 
terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. 
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. 
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
 “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa 
tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli 
apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan 
buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” 
Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku 
itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu 
tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan 
baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, 
memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just 
pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju 
kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang 
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan
 yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk 
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan 
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas 
pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. 
“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah 
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday 
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. 
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan 
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana 
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. 
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir 
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the 
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. 
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas 
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. 
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat 
Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas 
meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu 
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir 
Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia 
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. 
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa 
ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. 
Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak 
banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau 
melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal 
lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak
 fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini
 tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
 semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
 nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada 
duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. 
Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. 
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada 
apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
 “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa
 along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak 
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman 
memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah 
jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek 
Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. 
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam 
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, 
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang 
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali 
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
 mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. 
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, 
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
 dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman 
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan 
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan 
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam 
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah 
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir 
menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! 
Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak
 akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya 
Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang 
masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak
 bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis 
tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. 
“saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik 
adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” 
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman 
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu 
sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan
 macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia 
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di
 tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di
 talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” 
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar 
awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang 
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. 
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita 
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri 
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu 
dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi 
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah 
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya 
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study 
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan 
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
 kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang 
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang 
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau 
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan 
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya 
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di 
samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak 
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan 
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. 
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah 
dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik 
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang 
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) 
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu 
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi 
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi 
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah 
s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka 
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat 
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu 
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” 
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
 sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet 
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota 
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah 
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah 
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian 
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api 
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita 
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia 
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada 
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. 
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
 semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, 
dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu 
dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu 
bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar 
melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. 
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak 
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email 
kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah 
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam 
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman 
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah 
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya 
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. 
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia 
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. 
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. 
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke
 dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang
 please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang 
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. 
jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk 
dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. 
Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat 
nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak
 perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU 
permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman 
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” 
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka 
dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu
 itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…”
 panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu 
itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya 
dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. 
Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa 
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah 
senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh 
Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. 
“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” 
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling 
membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. 
Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia 
menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
 daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia
 rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat 
atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita 
bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. 
“hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal 
Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula 
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. 
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu 
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , 
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah 
selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” 
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. 
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” 
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak 
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di 
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas
 je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba 
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak 
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. 
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. 
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik 
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat 
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
 matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai
 berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap 
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini,
 dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama 
hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut 
juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya 
yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. 
Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. 
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan 
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon 
kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” 
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf 
tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga 
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk 
dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. 
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea 
abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. 
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih 
Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke 
dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia 
mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar 
dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia 
berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam 
dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk 
rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur.
 Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat 
Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba 
mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup 
mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman 
tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata 
terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya 
beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah
 itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan 
pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala 
anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. 
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman 
terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! 
Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya 
menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun 
janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” 
Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang
 abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. 
“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak 
mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah 
mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! 
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa 
yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan 
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh 
tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… 
Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji 
Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” 
“abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya 
bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap 
dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu 
senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi 
itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman 
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. 
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
 Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar 
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok 
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan 
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang 
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
 dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
 baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta 
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” 
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada 
warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. 
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU 
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca 
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
 terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu 
dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu 
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
 Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji 
Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..”
 kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota 
polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang 
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa 
Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya 
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah 
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman 
hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
 Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak 
Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman 
terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. 
Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah 
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.
 “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. 
Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, 
effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di 
tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat 
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit 
kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, 
kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit 
Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
 “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. 
Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji 
Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang 
wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit 
sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.
 video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita 
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di 
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ ..
 haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil 
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah 
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di 
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita 
nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman 
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi 
katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk 
setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan 
dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. 
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang 
tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
 mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap 
hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. 
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan 
keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya
 di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman 
menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi 
mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
 pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” 
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya 
terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama 
masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. 
Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang 
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. 
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman 
memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat 
malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya 
ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu 
lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya 
sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah
 di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang 
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik 
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan 
lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk 
membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman 
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. 
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia 
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. 
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang 
lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan 
Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu 
mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan 
pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah 
meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula 
saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. 
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk 
bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi 
dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah,
 semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup 
ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang 
tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman 
satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan 
ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup
 mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup 
kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita 
dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
 kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat 
mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...