Penyakit Darah Tinggi (silent killer) dan keberkesanannya dengan kaedah rawatan bekam sunnah.


Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.Penyakit Darah Tinggi/Hypertension mula bertapak apabila keadaan seseorang itu didapati bacaan tekanan darahnya pada kedudukan 140/90 mm Hg keatas.

Tekanan darah sebegini yang berterusan akan menyebabkan jantung dipaksa berkerja dengan lebih kuat dari kebiasaannya.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tanpa perlu menolak rawatan moden ana menyeru kepada mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ini cubalah amalkan kaedah berbekam ini, lakukanlah secara berkala seperti yang disyorkan perawat bekam.Setelah 3-4 kali rawatan dilakukan anda rasailah sendiri keberkesanannya.

InsyaAllah kalau ikhtiar ini serasi dengan anda secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menghentikan penggunaan pil yang dibekalkan yang mana kita sendiri maklum penggunaan pil yang berpanjangan akan mengundang kerosakan pada buah pinggang pula.



Kaedah bekam darah ini amat bagus bagi merawat penyakit darah tinggi,migrain dan kencing manis.Ini adalah kerana semasa proses berbekam segala toksin, gula dan darah yang bermasalah yang berada dibawah kulit akan disedut keluar bersama darah bekam.InsyaAllah sembuh.

Sekian bicara ana buat kali ini semuga diizinkan Allah SWT kita dapat bertemu lagi, wassalam.

No comments:

Post a Comment