KEHEBATAN DHUHA


Maksudnya Doa Selepas Solat Dhuha ;

 “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Cara melakukan solat Dhuha :
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya : ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”. 
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

 ” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
                                      Wallahu’alam bissawab


BERNIAGA : MENGHIDUPKAN SUNNAH



Bekerja dan berniaga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda mula berniaga ketika umurnya sekitar 12 tahun. Ketika itu baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam.

Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib.

Hal ini disebut dalam hadith baginda ;  " Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing." 
Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. 
Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat." (H.R Bukhari) 

Salah satu dari sunnah Nabi S.A.W ialah berniaga.9/10 rezeki datangnya dari berniaga.

Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan adalah buat solat Isthikarah. Setelah berusaha bersungguh sekiranya BERJAYA Alhamdulillah tetapi sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari ALLAH swt.

Jangan lupa amalkan solat dhuha setiap hari kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan jangan sesekali menipu timbang.

Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya : Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.

                                 Wallahu’alam bissawab