Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’
sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa anda
Rela menunggu
berjam-jam ,dalam hujan pula, unatuk melihat gadis yang anda ‘cintai ‘ melintas
jalan sedangkan anda solat secara ekpres
(kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
Memarahi bahkan sanggup
menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum
sekalipun dimaki-hamun oleh wanita yang anda
minati.
Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus mukasurat dalam
tempoh satu hari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu mukasurat
setahun.
Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah
dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak
anda temui.
Susah hati jika tidak menerima surat,email atau sms daripada
orang yang anda cintai sebaliknya anda
tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau
memberi sma kepada bapa anda di kampung.
Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan
kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
Lebih banyak mengucapkan kalima ‘ I LOVE YOU’ berbanding
kalimah zikir seperti: Subhanallah,Alhamdulillah dan Allah hu Akbar.
Terimakasih kepada ustaz Pahrol Mohd Juoi penulis buku Tentang Cinta
No comments:
Post a Comment