Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya
bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam
kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh
sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter.
Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi,
secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini
antara pukul 7:30 pagi hingga 1 tengahari.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah
solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk
diamalkan secara rutin (istiqamah). Ini adalah kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para
sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan
perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Antaranya dalam riwayat Abu
Hurairah radhiallahuanhu katanya:
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidurmelainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak
yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini
merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa
setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan
hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, solat sunat Dhuha ini
dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda
Sallallahu ‘alaihi wasallam selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah ash-Syamspada rakaat pertama dan ad-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat)
ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah
hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang
penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya
dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah
dengan doa selepas solat tersebut.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah ini:
Kemudian setelah selesai solat dhuha maka bacalah doa ini,
Maksud doa: “Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleH
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab
“An-Nurain” sabdaan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang
maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku
segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan
At-Tirmidzi)
Nota: Panduan Solat Sunat cara Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
No comments:
Post a Comment