CARA PENGAMBILAN MADU



10 Cara Mudah Menikmati Khasiat Madu

Ramai pengamal madu mungkin akan tertanya pada suatu ketika, “Adakah cara lain mengambil madu selain daripada terus makan begitu sahaja?”. Sudah tentu. Bahkan ada pelbagai cara kreatif menikmati khasiat madu tanpa memerlukan persediaan atau bahan-bahan yang rumit.
 10 cara mudah untuk menikmati khasiat madu.
  1. Campurkan madu dengan air kosong. Boleh juga dicampurkan dengan minuman lain seperti air limau / lemon, jus oren, teh dan juga kopi. Madu boleh menggantikan gula untuk kurangkan manis dalam minuman harian.
  2. Sapukan madu pada roti. Lebih harum dengan roti bakar.
  3. Gunakan sebagai perasa tambahan pada jem buah-buahan buatan sendiri.
  4. Sapukan atau cecahkan madu dengan biskut.
  5. Gunakan madu sebagai perasa tambahan (ataudressing) pada salad buah-buahan.
  6. Sapukan madu pada daging sebelum digoreng atau dipanggang.
  7. Tambahkan madu pada oat atau bijirin sarapan (pastikan ia tidak dibuat terlalu basah).
  8. Tambahkan madu pada penkek.
  9. Tambahkan madu pada aiskrim. Ia menjadikan snek anda lebih sihat.
  10. Makan madu bersama-sama cebisan sarang lebah. Sarang lebah dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri.

No comments:

Post a Comment