IndahNye Kawin Dari Copule

KaWiN LaGi BaGUs Ke Atau CopuLe???
Sebenarnya dunia skrg ini semakin lame semakin sudah tidak betol.Maksud sy yg lebih jelas ialah penduduk bumi iaitu benda yang mempunyai akal dan otak.Yang mane akal ini dikurniakan pada mereka supaya dpt membezakan antara mereka dan penghuni bumi yg lain.Mereka ini lebik mulia daripada semua makhluk ciptaan tuhan dan mereka juga boleh menjadi benda yang paling teruk sekali daripada didunia ni..Ini ade dinyatakan di dalam alquran

Ana sebenarnye bkn nak ckp pasal ini tapi pasal kawin.Manusia sekarang lebih membenarkan anak2 mereka bercopule daripada berkawin.Dgn alasan duit xckup lagilah nak kawin,xcukup umur lah,nak tnggung bini dgn apelah...dan bnyk lagi...sebenarnye ibu bapa skrg dah salah...REZEKI ALLAH yang bagi tugas kite cari xkira lah gaji hanye 750 ke ape ke yang penting bnarkan lah anak2 anda semua kawin sbb skrg ni zina dah bnyk sngt....semuanye berpunce daripada ibu bapa lebih bnrkan anak nye coplue dari kawin.

 FIRMAN ALLAH yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
    
 Kite ni sebagai umat islam yakin lah yang allah itu ade dan allah akan tlong hambanye yang membantu agamanye.Ape kaitanye kawin dgn membantu agama??sbenarnye mmg ade kaitan nye..first dpt cegah daripada berlakunye zina dan lahirnye penyakit kronik..bila dah penyakit kronik timbul zuriat akan berkurang sekaligus perjuang2 islam pon akn berkurang tapi bila kite kawin lepaS TU Bersetubuh...bersetubuh selepas kawin tidak akan timbulnye penyakit kronik tersebut dan insyallah anak yg lahir itu adalah dikalangan yang baik2 dan boleh memperjuangkan agama allah...

 Bacelah kisah ni...harap lepas ini ibu bapa aatau pon anak2 yang ingin berkahwin boleh lah bagu hujjah2 ini...insyallah gejala sosial akan berkurng tapi ingt  rezeki hndk lah dicari ... 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu." Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.Riwayat ibnu abbas
                                                Wallahu’alam bissawab

No comments:

Post a Comment