Benarkah madu boleh mengurangkan berat badan? Bagaimanakah caranya?
Jawapan untuk persoalan di atas adalah : Ya, tetapi ia bergantung kepada diet anda secara keseluruhannya.
Madu
mengandungi nutrien seperti mineral and asid amino yang membantu
metabolisme badan dalam meleraikan molekul lemak. Namun begitu, dengan
hanya menambah madu dalam diet harian anda tidak akan berkesan
mengurangkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu menggantikan pengambilan gula biasa dengan madu.
Langkah
penggantian ini penting kerana gula biasa pada dasarnya bertukar
menjadi lemak sekiranya tidak digunakan oleh badan. Bukan itu sahaja,
gula biasa juga akan menggunakan nutrien mineral dan asid amino daripada
madu untuk metabolisme. Ini mengurangkan nutrien sama daripada
digunakan untuk metabolisme lemak badan. Oleh demikian, pengambilan gula
biasa secara berterusan akan mengakibatkan berat badan semakin
bertambah.
Sebaliknya,
madu mengandungi gula yang mudah dihadam seperti fruktosa, glukosa and
maltosa. Madu juga kaya dengan tenaga , penting bagi mereka yang berdiet
supaya bertenaga sepanjang hari dan menghalang daripada pengambilan
makanan lain yang menggemukkan.
Tambahan
pula, madu menjadikan makanan diet anda lebih menyelerakan berbanding
dengan diet yang langsung tanpa gula. Ini menjadikan proses pengurangan
berat badan lebih selesa dan peluang anda meneruskan usaha anda juga
lebih besar!
Satu
penyelidikan dari Waikato University di Hamilton, New Zealand dapat
menggambarkan khasiat madu dalam mengurangkan berat badan dengan lebih
jelas. Dalam penyelidikan tersebut, 3 kumpulan tikus diberikan 3 jenis
makanan – makanan tanpa gula, makanan bercampur gula biasa dan makanan
bercampur madu. Hasilnya, tikus yang memakan makanan bercampur gula
biasa bertambah berat badan paling banyak, manakala berat badan tikus
yang memakan makanan tanpa gula dan makanan bercampur madu adalah hampir
sama! Ini menunjukkan madu mampu membantu and mengurangkan berat badan
di samping menjadikan diet anda lebih lazat dan berkhasiat.
Jadi,
apa yang anda tunggu lagi? Mulakan diet anda dengan menukar gula biasa
dengan madu dan Insya-Allah, usaha mengurangkan berat badan anda akan
berjaya.
No comments:
Post a Comment