Khasiat
 madu boleh dikatakan sesuai untuk semua. Sama ada lelaki atau wanita, 
tua atau muda dan tahap kesihatan yang berlainan. Madu boleh diambil 
untuk semua lapisan umur – kecuali satu, iaitu bayi yg berumur 6 bulan dan ke bawah.
Menurut
 kajian perubatan, walaupun madu adalah bahan yang neutral pada umumnya,
 ia mungkin boleh menyebabkan kesan alah atau alergi kepada bayi. Ini 
kerana, madu (termasuk madu yang telah ditapis dan dibersihkan) masih 
mengandungi peratusan kecil madu debunga (‘bee pollen’) yang boleh 
menyebabkan reaksi alergi kepada sesetengah orang.
Kepada
 bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, ini boleh mendatangkan bahaya 
kerana sistem imun golongan bayi ini masih belum sempurna. Oleh itu, 
untuk langkah keselamatan, kita tidak digalakkan memberi madu kepada 
bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Anda mungkin juga dapat lihat amaran
 sebegini pada label produk madu.

No comments:
Post a Comment