Hmmm.. minyak kelapa dara mampu menurunkan berat badan. Anda pasti akan terfikir, "Bukankah minyak kelapa dara tak elok?".
Buat makluman anda, sejarah berkaitan minyak kelapa menunjukkan ianya 
mempunyai reputasi yang buruk ketika peristiwa perang habis habisan 
melawan lemak pada 50 tahun yang lepas. Menurut kajian yang lapuk 
berkenaan, mereka mengkaji menggunakan minyak kelapa terhidrogenasi di 
mana ianya boleh mengakibatkan peningkatan tahap kolestrol dan kami 
sedia maklum bahawa lemak terhidrogenasi memang tidak baik untuk 
kesihatan kita.
Bagaimanapun, tidak seperti minyak kelapa terhidroenasi yang lampau, 
minyak kelapa dara tidak terhidrogenasi dan tidak mempunyai kolestrol. 
Sebenarnya, ianya merupakan sumber lemak yang paling menyihatkan dalam 
diet seharian kita.
Jadi, mari kita melihat dengan lebih mendalam untuk membuktikan bahawa 
anda boleh menurunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara:
Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) meningkatkan metabolisma dan menggalakkan penurunan lemak?
-Satu perkara yang perlu diketahui adalah minyak kelapa dara mengandungi
 medium chain fatty acids (MCFA) dan ianya lebih dikenali sebagai Medium
 Chain Triglycerides (MCT).
-Kajian menunjukkan bahawa tubuh badan kita mencernakan MCFA lebih mudah
 berbanding lemak-lemak lain. Sebenarnya, ianya melalui saluran yang 
berbeza apabila ia dimakan. Ianya dihantar terus ke hati untuk 
dimetabolisasikan dan terus ditukarkan kepada sumber tenaga. Ini akan 
menyebabkan peningkatan metabolisma, peningkatan peluang anda untuk 
mempercepatkan proses penurunan berat badan anda dan memberikan tenaga 
yang lebih kepada anda.
-Suatu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clininal 
Nutrition mendapati bahawa pengguna dapat menurunkan berat badan apabila
 mereka memperolehi MCFA dalam diet mereka. Sebenarnya, mereka mendapati
 ramai yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan diet yang 
mengandungi MCFA berbanding diet yang mengambil minyak zaitun.
Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) mampu mengurangkan penyakit mengidam makanan?
-Semua sudah maklum bahawa memakan terlalu banyak makanan boleh 
menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda pernah menderita 
penyakit mengidam makanan pastinya anda tahu betapa mudahnya pihak lain 
boleh sabotaj anda dengan propaganda penurunan berat badan.
-Kami yakin bahawa diet yang kurang lemak boleh mengakibatkan tubuh anda
 mengidamkan lemak. Bila saya ingin menurunkan berat badan, saya cuba 
meningkatkan pengambilan minyak yang sihat maka saya dapat sumber 
bernutrisi lemak yang sihat dalam diet saya. Saya mendapati ianya mampu 
mengurangkan selera makan saya dan mengidam makanan berlemak. 
Menyalurkan diet anda dengan lemak yang sihat akan membantu dalam 
mengekalkan perasaan di mana anda rasa kenyang dan dapat mengurangkan 
perasaan mengidam makanan (selera nak makan sangat).
Berapa banyak berat yang mampu diturunkan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)?
Jumlah berat badan yang boleh diturunkan bergantung kepada beberapa faktor.
Memakan diet yang sihat dan disusuli senaman merupakan peranan uama 
untuk memastikan penurunan berat badan jangka panjang. Jika anda ingin 
menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) ianya merupakan 
suatu proses yang perlahan, berperingkat-peringkat dan proses yang 
menyihatkan.
Beberapa individu telah mengadu bahawa mereka telah berjaya menurunkan 5
 pound dalam masa seminggu dengan Minyak Kelapa Dara, tetapi saya rasa 
ianya mungkin disusuli beberapa senaman. Beberapa pakar kesihatan 
mengesyorkan bahawa penurunan berat badan adalah baik adalah 1 pound 
seminggu.
Kajian perubatan terhadap minyak kelapa dan dan penurunan berar badan.
Ada kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu 
meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.
Kajian semenjak akhir akhir ini di McGill School of Dietetics and Human 
Nutrition in Montreal (Canada), mengkaji minyak kategori MCT pada lelaki
 dan wanita yang mempunyai berat overweight 25 pound. Minyak berkenaan 
mengandungi 67% minyak tropika, mengandungi minyak kelapa, flaxseed oil 
dan minyak zaitun.
Peter Jones, seorang professor yang bertugas dalam kajian berkenaan 
menyatakan bahawa minyak berkenaan 'terus diarahkan ke hati untuk 
dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Minyak berkenaan tidak disimpan di
 dalam tubuh sebagai lemak dan mampu meningkatkan metabolisma, di mana 
ianya sebagai kunci dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ada juga 
data provokasi yang mengatakan bahawa minyak yang mengandungi MCT mampu 
mengurangkan selera makan'.
Salah seorang peserta berjaya mengurangkan sekitar 1 pound sebulan. 
'Selepas mengambil minyak berkenaan selama setahun, seseorang boleh 
menurangkan 1 pound sebulan atau 12 pound setahun' kata Jones, juga 
mendapati bahawa peserta wanita memperoleh kadar metabolisma yang 
tinggi.
Anda boleh mendapatkan testimoni daripada internet daripada mereka yang 
berjaya menurunkan berat badan mereka dengan Minyak Kelapa Dara. 
Penurunan berat badan ini disebabkan peningkatan metabolisma daripada 
MCFA, pengurangan kalori, atau peningkatan aktiviti fizikal.
Buat masa ini, ada juga harus berjumpa dengan ahli fizik (perubatan) 
untuk berbincang jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan
 Minyak Kelapa Dara atau sebelum bermulanya apa jua pelan kurangkan 
berat badan.
Kesimpulan
Anda perlu ingat bahawa penurunan berat badan perlu dilakukan dalam 
kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Memakan makanan yang berzat dan 
mendapatkan aktiviti fizikal yang banyak merupakan peranan utama dalam 
memperoleh matlamat pengurangan berat badan anda.
Adalah wajar untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara kerana:
- ianya memberikan tubuh anda lemak yang sihat yang diperlukan untuk tenaga.
 - ia boleh meningkatkan metabolisma - MCFA boleh dicernakan lebih pantas yang mengakibatkan peningkatan metabolisma dan lebih banyak kalori terbakar.
 - ia boleh mengurangkan penyakit mengidam makanan (terlalu berselera) - anda memperoleh sumber lemak yang baik dalam tubuh badan, jadi anda akan sentiasa rasa kenyang dan sifat selera makan tak menentu dapat dikurangkan
 - ingat, MInyak Kelapa Dara bukanlah segala penyelesaiannya dan bukan juga jalan pintas untuk menurunkan berat badan anda. Minyak yang semulajadi ini menolong anda untuk meningkatkan metabolisma dan memastikan anda dapat menguruskan berat badan anda dengan lebih baik.
 

No comments:
Post a Comment