Sebenarnya
 dunia skrg ini semakin lame semakin sudah tidak betol.Maksud sy yg 
lebih jelas ialah penduduk bumi iaitu benda yang mempunyai akal dan 
otak.Yang mane akal ini dikurniakan pada mereka supaya dpt membezakan 
antara mereka dan penghuni bumi yg lain.Mereka ini lebik mulia daripada 
semua makhluk ciptaan tuhan dan mereka juga boleh menjadi benda yang 
paling teruk sekali daripada didunia ni..Ini ade dinyatakan di dalam 
alquran 
Ana sebenarnye bkn nak ckp pasal ini tapi pasal kawin.Manusia sekarang lebih membenarkan anak2 mereka bercopule daripada berkawin.Dgn alasan duit xckup lagilah nak kawin,xcukup umur lah,nak tnggung bini dgn apelah...dan bnyk lagi...sebenarnye ibu bapa skrg dah salah...REZEKI ALLAH yang bagi tugas kite cari xkira lah gaji hanye 750 ke ape ke yang penting bnarkan lah anak2 anda semua kawin sbb skrg ni zina dah bnyk sngt....semuanye berpunce daripada ibu bapa lebih bnrkan anak nye coplue dari kawin.
 Kite ni sebagai umat islam yakin lah yang allah itu ade dan allah akan tlong hambanye yang membantu agamanye.Ape kaitanye kawin dgn membantu agama??sbenarnye mmg ade kaitan nye..first dpt cegah daripada berlakunye zina dan lahirnye penyakit kronik..bila dah penyakit kronik timbul zuriat akan berkurang sekaligus perjuang2 islam pon akn berkurang tapi bila kite kawin lepaS TU Bersetubuh...bersetubuh selepas kawin tidak akan timbulnye penyakit kronik tersebut dan insyallah anak yg lahir itu adalah dikalangan yang baik2 dan boleh memperjuangkan agama allah...
 Bacelah kisah ni...harap lepas ini ibu bapa aatau pon anak2 yang ingin berkahwin boleh lah bagu hujjah2 ini...insyallah gejala sosial akan berkurng tapi ingt  rezeki hndk lah dicari ... 
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. 
Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta 
jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah 
lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. 
Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah.
 Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. 
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada 
Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun 
berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan
 wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. 
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai 
Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu 
umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun 
beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan 
mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua 
orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh 
lelaki itu." Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu 
berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau 
berkahwin buat kali ketiga. 
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. 
Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya
 ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan
 menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku 
menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang 
harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata 
Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. 
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri 
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. 
Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada 
ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan
 kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi 
keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.Riwayat ibnu abbas
                                                Wallahu’alam bissawab

No comments:
Post a Comment