AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit
akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3
kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau
penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri
itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan
mendapat berkat.
AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:
Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air
(tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak
kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat
sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi
jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau
kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:
Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu
malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar
daripada segala gangguan tersebut diatas.
AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:
Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan
itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:
Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca
setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang
(sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga
kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti
usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat
menghairankan.
AL KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak
270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan
kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala
harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55
kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL WAASI'U Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128
kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang
hasad.
AL HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali,
insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah
akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan
segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga
dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman
dan tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan
orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir,
angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca
khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam
sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu
kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62
kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian
kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak
470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau
berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap
sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah
dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi
kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat
menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum)
setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah
akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta
disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali
dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis,
Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali
dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah
akan dikabulkan segala macam hajatnya.
AL QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat
dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat
kekuatan.
No comments:
Post a Comment