Kenapa Gastrik Boleh Berlaku?
• Penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
• Pengambilan alkohol, kokain dan rokok yang berlebihan.
• Stres.
• Gangguan auto imun.
• Penyakit crohn - penyakit keradangan pada usus yang dapat
mempengaruhi setiap bahagian dari saluran pencernaan ( dari anus ke
mulut)
• Radiasi dan kemoterapi.
• Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
• Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
• Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
sumber
Bagaimana Merawat/Mengurangkan Masalah Gastrik?
• Menetapkan waktu makan secara teratur dan berdisplin. Jangan sesekali skip makan pada waktunya
• Kurangkan pengambilan makanan ringan, jeruk, asam boi, dan juga mi segera. Kalau boleh JANGAN ambil langsung.
• Kurangkan minuman berkafein, teh, minuman berkarbonat, minuman yang
masam-masam (seperti sunquick pekat, air limau nipis, air asam jawa)
• Untuk gastrik tahap kronik ELAKKAN makan makanan yang mengandungi yis
(ibu roti) seperti roti, donut,pau dan yang seangkatan dengannya
• Kurangkan makan makanan yang pedas atau terlalu masam (seperti cuka)
• Hadkan pengambilan makanan seperti ayam dan daging (seelokknya makan ikan)
• Kurangkan pengambilan makanan yang mudah menyebabkan kembung perut
atau berangin seperti ubi kayu, pulut, keledek, kentang, pisang nangka,
pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung
• JANGAN SESEKALI mengambil
ubatan gastrik tanpa nasihatan doktor anda (milk of magnesia* adalah
kurang digalakkan kerana mungkin menyebabkan gastrik anda bertambah
teruk)
• Anda haruslah mengamalkan susu segar dan susu penuh krim 3-4 gelas sehari. Susu Low fat/HL adalah tidak sesuai sama sekali
• Petua menghilangkan gastrik ( sakit perut teramat sangat / muntah /
demam) - ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar,
rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air
ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali
setiap 4 jam.
No comments:
Post a Comment