Manusia di uji untuk menyerlahkan nilai
dirinya di sisi Tuhan. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian
didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita.
Iman dan ujian saling berkaitan. Apabila di uji baruah diketahui apakah
hati kita telah yakin (beriman) atau masih ragu-ragu.
Firman Allah S.W.T:
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum di uji?” (Al-Ankabut ayat 2)
Sungguhpun begitu Tuhan menguji manusia
atas sebab-sebab yang berbeza. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya
kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Dalam konteks ini Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
“Ujian yang berlaku kepada menusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.”
No comments:
Post a Comment