Kenapa perlu berbekam?????
Selepas 3
bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi
lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel
darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum
dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang
baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan
oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran
darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan
tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan
menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi
dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa
lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan,
murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas,
dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat
mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit
yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi,
migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada
kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan
cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan
supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
Nabi Muhammad
SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari
Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
No comments:
Post a Comment