Tafsir Surah Yassin




Surah 36. Ya Seen, Verse 59:
36:59
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
Ayat ini dipanggil ayat takwih, ianya adalah ayat rungutan Allah kepada orang orang yang ingkar. Allah bersungut.

وَامْتَازُوا الْيَوْمَ

Berpisahlah kamu hari ini; Ini adalah tayangan tentang kejadian pada hari Kebangkitan nanti. Yang berkata itu samada Allah atau malaikat.

 أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ

wahai orang yang banyak berdosa, iaitu berpisah daripada orang muslim.
Muslim apabila di padang Mahsyar itu duduk sekali ramai-ramai. Yang syirik tak masuk mahkamah pun. Terus masuk neraka tak keluar-keluar lagi dah. Yang dipisah hanya orang beriman, tidak melakukan syirik tetapi ada dosa. Samada dosa kecil atau besar. Tauhid dia dah betul dah. Dia akan dimasukkan dalam kumpulan orang Islam dulu. Orang-orang Islam akan terbahagi kepada tiga golongan: Muqarrabin, mukmin (yang menerima buku amalan pada tangan kanan) dan yang ketiga adalah orang Islam yang berdosa banyak. Yang golongan ketiga itu akan masuk neraka dulu. Dosa yang tak banyak, dan dosa banyak. Ketiga-tiga jenis akan dapat syafaat dari Nabi. Pertama akan mendapat syafaat supaya perbicaraan dicepatkan. Kalau dosa tak banyak Nabi bagi syafaat. Tuhan akan beri kebenaran Nabi untuk bagi syafaat. Sebelum masuk neraka.

Ada satu lagi golongan yang disebut di dalam surah Al a’raf. Dua-dua syurga dan neraka dia tak masuk. Orang muslim yang banyak dosa, akan masuk neraka dulu. Yang masuk neraka akan dapat dua kali syafaat. Iaitu kepada yang dosa sikit. Kita mestilah memasang azam tak nak satu saat pun masuk neraka. Jangan biar diri kita masuk neraka. Jangan duduk atas ragu-ragu. Selain dari itu kita minta juga nak masuk syurga Tuhan. Minta betul-betul dengan Dia. Jangan kita buruk sangka dengan Allah. Jangan kita rasa kita tak layak untuk masuk dalam syurga. Itu pun dah kira syirik. Sebab kita bersangka buruk dengan Allah, padahal Dia tidak begitu. Dia akan ampun dosa siapa yang minta ampun padaNya.

Allah akan bahagikan orang Islam yang banyak dosa dan asingkan dari orang mukmin. Mereka yang banyak dosa itu dipanggil Mujrimin. Akan dikira amalannya, amanahnya samada dia jaga atau tidak, hutangnya dan segalanya, mungkin 30 ribu tahun kena masuk neraka. Nabi akan sujud kat Arash dan mintak syafaat kali kedua. Orang itu dah jadi arang dah. Macam dah mati dah. Apabila dia sampai ke syurga, ahli syurga akan basuh ahli neraka itu dengan air dari syurga. Barulah boleh tumbuh balik badan dia. Tapi dah hitam dah mukanya. Bidadari tengok pun tak nak. Maka Tuhan akan tambah nur kepadanya, baru dia nampak elok. Kemudian dia akan isytihar dia dari neraka pada orang ramai dengan rasa bangga. Dia bangga kerana dia telah berjaya lepas dari neraka.
 Selepas itu dalam masa yang lama lagi barulah ada lagi saki baki umat Islam yang ada saki baki iman sebesar zarah dan akan dikeluarkan mereka dari neraka.

Telaga Kauthar ada di Padang Mahsyar. Semoga kita diantara orang yang diberi minum air Telaga Kauthar itu. Sebab yang menjadi ahli bidaah tidak akan diberi minum air dari Telaga Kauthar. Nabi akan memanggil-manggil mereka untuk minum dari Telaga Kautsar itu kerana Nabi kenal mereka dari cahaya pada anggota wudu’ mereka tetapi malaikat akan memberitahu Nabi bahawa mereka tidak layak dan Nabi akan menghalau mereka nanti. Merekalah yang telah mereka-reka ugama dengan kata Tuhan nak bagi pahala pada amalan rekaan mereka itu. Itu sebenarnya termasuk dalam perbuatan yang syirik. Syirik kerana mereka mengambil kerja Nabi dan kerja Tuhan.

No comments:

Post a Comment