Tiga sebab mengapa Allah menguji manusia:
KIFARAH
Kifarah
adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan
kejahatan. Maka ketika itulah dia di uji. Allah jadikan kesusahan dalam
ujian itu sebagai ‘tebusan’ untuk menghapuskan dosa dan
keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk
melepaskannya daripada balasan di akhirat(neraka). Ini adalah lebih baik
kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbading azab di akhirat.
Dengan kifarah, ‘orang baik’ itu akan mendapat peringatan dan amaran
atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu bertaubat kepada Allah.
Firman Allah SWT;
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Az-Zukhruf ayat 48)
BALA
Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang
melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian itu sebagai hukuman di dunia
sebelum dihukum di akhirat dengan hukuman yang lebih hebat dan dasyat.
Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan di dunia lagi sebelum di
azab di neraka. Mereka akan di azab dua kali, pertama di dunia, kedua di
akhirat. Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas ‘orang jahat yang
sedang melakukan kejahatan’. Umat Nabi Nuh ditenggelamkan banjir, Firaun
yang ditelan laut Merah, Qarun ditelan bumi, kaum Add, Tsamud oleh
hujan batu dan bencana alam yang lain.
Firman Allah SWT;
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (At-Taubah ayat 74)
IBTILA’
Ini ujian ke atas orang baik ketika mereka
sedang melakukan kebaikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada
hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat
pahala dan di tinggikan pula darjatnya di sisi Allah. Jika tidak di uji,
bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur,
redha, pemaaf, qanaah dari Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada
kalangan pada Ulul Azmi-yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani
menanggung ujian.
Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian ke atas
‘orang baik yang sedang melakukan kebaikan’. Golongan para Nabi,
siddiqin, syuhada’ dan solehin adalah mereka yang sentiasa di uji dalam
bentuk ibtila’ ini.
Firman Allah SWT;
Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah ayat 214)
No comments:
Post a Comment